Pengintegrasian literasi maklumat dalam pengajaran


Kemahiran literasi maklumat merupakan komponen  penting  yang perlu diintegrasikan  dalam pengajaran. Literasi maklumat merupakan satu pendekatan atau  strategi yang boleh dipelbagaikan  dalam pengajaran pembelajaran. Kajian ini bertujuan meninjau tentang pelaksanaan pengajaran literasi maklumat merentas kurikulum di kalangan guru-guru sekolah Projek Semarak Pusat Sumber Sekolah  di PPD Padang Terap/Pendang. Sampel kajian terdiri daripada 45 orang guru-guru mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta guru-guru media dan perpustakaan  di sekolah - sekolah terpilih di daerah Pendang dan Pandang Terap. Dapatan kajian menunjukkan modul literasi maklumat memberi peluang kepada guru-guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.  Kemahiran yang kerap digunakan dalam pengajaran pembelajaran ialah kemahiran belajar. Walau bagaimanapun, tanggapan guru terhadap penerapan literasi maklumat merentas kurikulum adalah positif.

Makalah oleh: Faisal Haji Mohamad



PENDAHULUAN    
Evolusi masa yang  digariskan oleh Toffler (1983) telah memperlihatkan pengaruh maklumat terhadap perkembangan pendidikan. Di zaman ini, maklumat sangat mudah diperolehi. Situasi ini memerlukan setiap individu berupaya untuk memilih, mengguna dan menilai maklumat itu. Dalam persekitaran pendidikan di Malaysia, kemahiran-kemahiran maklumat tidak dititikberatkan walaupun aspek ini dianggap penting dalam proses pencapaian serta kematangan pelajar. Penggunaan pusat sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dioptimumkan sepenuhnya kerana tanda aras pencapaian pelajar masih terikat dengan pencapaian dalam peperiksaan. Maklumat yang terdapat di pusat sumber tidak dapat diterokai oleh pelajar sepenuhnya dan ini menyebabkan  penggunaan pusat sumber  berada di  tahap yang kurang memuaskan.   Keadaan ini menyebabkan guru sukar mengajar pelajar untuk mengklasifikasikan jenis maklumat, memproses maklumat serta menilai maklumat supaya menjadi pengetahuan yang berguna dalam proses pembelajaran mereka. Menyedari akan keadaan sedemikian, pihak Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah (PSPN) dan Institut Perguruan Darulaman telah mengilhamkan projek Semarak Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk membantu menerapkan kemahiran literasi maklumat melalui mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Penerapan ini juga dapat dikategorikan sebagai penerapan kemahiran literasi maklumat  merentas kurikulum.

LITERASI MAKLUMAT
Literasi maklumat adalah satu set keupayaan yang membolehkan seseorang itu menggunakan sumber-sumber maklumat yang berkualiti untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Set keupayaan itu adalah keupayaan untuk mengenal pasti maklumat, mencari maklumat, mengesan, menilai dan menggunakan maklumat. Seorang yang celik maklumat bermakna mempunyai semua kemahiran yang diperlukan untuk meneroka ilmu pengetahuan secara bebas, kendiri dan aktif. Literasi maklumat adalah asas kepada pendidikan sepanjang hayat. Kemahiran ini adalah kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam setiap disipilin ilmu, setiap tahap persekitaran pendidikan dan pada setiap tahap pendidikan. Walaupun perkembangan pesat maklumat bergantung kepada teknologi maklumat tetapi keperluan kepada literasi maklumat adalah satu kemahiran yang signifikan. Kemahiran teknologi maklumat adalah saling melengkapi dan membantu dalam menguasai literasi maklumat. Menurut U.S. Department of Labor Secretary's Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS), kemahiran literasi maklumat adalah satu daripada lima kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi kerja. American Library Association (1986) pula menjelaskan,“...To be information literate, a person must be able to recognize when information is needed and have the ability to locate, evaluate, and use effectively the needed information”, dan “Information competency includes consideration of the ethical and legal implications of information and requires the application of both critical thinking and communication skills...”.

Oleh itu, pelajar-pelajar yang celik maklumat adalah pelajar yang berupaya untuk menguasai kelapan-lapan kemahiran berikut:-

i.          Mengenal pasti dan menyampaikan maklumat yang diperlukan;
ii.         Merangka strategi carian maklumat yang berkesan;
iii.        Memilih dan menggunakan alat untuk mendapatkan semula maklumat;
iv.        Mengesan dan mendapatkan sumber maklumat;
v.         Analisis dan menilai maklumat secara kritis;
vi.        Menyusun dan mensintesis maklumat;
vii.       Mengguna dan mengaplikasikan maklumat melalui pemikiran yang kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah;
viii.      Memahami perkembangan teknologi maklumat dan aspek yang berkaitan seperti hak cipta dan bertanggung jawab ke atas hak intelektual. (College & Research Libraries News, 1998)

PENGAJARAN LITERASI MAKLUMAT
Penguasaan kemahiran-kemahiran literasi maklumat boleh dilaksanakan melalui proses pembelajaran yang aktif. Melalui penguasaan kemahiran-kemahiran ini, pelajar akan berupaya mempertingkatkan penguasaannya terhadap sesuatu ilmu. Skop literasi maklumat bukanlah semata-mata kemahiran perpustakaan. Kemahiran perpustakaan dapat diperluaskan kepada pelbagai kemahiran maklumat dengan memasukkan unsur-unsur mengesan, memilih, mengguna, mempersembah dan menilai maklumat. Aspek literasi maklumat boleh dikuasai melalui beberapa kemahiran seperti kemahiran perpustakaan, kemahiran belajar serta kemahiran-kemahiran lain. Kemahiran-kemahiran ini dapat diterapkan oleh guru melalui pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pendekatan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar ini akan berjaya memperkembangkan kemahiran pelajar untuk menjadi pelajar yang aktif dalam proses pembelajaran. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru media perlu mengubah peranan mereka daripada bertindak sendirian kepada satu pedekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.

Guru media dan guru akan bertindak sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran ini. Persoalan akan timbul adalah bagaimana guru akan berjaya membentuk pelajar yang aktif dalam menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran mereka.  Guru dan juga guru media perlu bertindak aktif sebagai role model dalam menerapkan serta membentuk pemikiran pelajar dalam proses menjadi pelajar yang celik maklumat. Kajian oleh Streatfield & Markless (1994) menunjukkan bahawa pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat kerap diikuti oleh pelajar-pelajar. Ringkasnya, guru berperanan penting untuk menggunakan strategi tersebut untuk menerapkan corak penyelesaian masalah dikalangan pelajar.

STRATEGI KOLABORASI
Pengajaran literasi maklumat boleh dilakukan oleh guru mata pelajaran dengan kerjasama guru media dan perpustakaan. Kaedah yang berpusatkan pelajar memerlukan pelajar lebih banyak menggunakan sumber dan dilatih bagimana menggunakan sumber itu secara lebih sistematik dan berkesan. Oleh itu kedua-dua pakar sumber dan pakar isi kandungan memainkan peranan yang amat penting. Guru media akan bertindak sebagai perunding kepada pelajar dan guru supaya maklumat serta sumber yang dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah dapat digunakan mengikut pendekatan yang betul. Guru pula bertindak sebagai pakar isi kandungan akan dibantu oleh guru media untuk menerapkan isi kandungan melalui sumber-sumber yang telah dikenal pasti dengan penyelaras. Guru akan memastikan gaya pembelajaran yang menggunakan pendekatan berasaskan sumber akan memberi kesan yang positif serta signifikan kepada proses pembelajaran pelajar dan menjadi pembelajaran itu lebih bermakna.

PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER (RESOURCE-BASED LEARNING)
Kita sekarang menghadapi impak yang besar dalam era maklumat. Maklumat berkembang dengan begitu pesat sehingga sumber pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada apa yang terdapat dalam kurikulum sekolah. Vicki (1993) menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran berasaskan sumber adalah kaya dengan maklumat berbanding dengan sumber tradisional. Beliau menjelaskan  bahawa persekitaran pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dengan tidak terikat sepenuhnya kepada apa yang terdapat dalam bilik darjah sahaja. Beliau menyatakan maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini dapat memupuk ciri-ciri pelajar yang aktif dan yang dapat mengawal proses pembelajaran mereka.  Pendapat ini disokong oleh Moore (1997) yang menyatakan bahawa, “...Resource-based learning activities have long been promoted as having potential in fostering independent learning...”. Persekitaran yang kaya dengan maklumat memberi peluang kepada pelajar untuk memilih sumber-sumber yang sesuai dengan isi kandungan dan juga sesuai dengan stail pembelajaran mereka. Oleh itu sekolah perlu menyediakan persekitaran ini dalam membantu pelajar menjadi pelajar bermaklumat. Untuk merealisasikan proses ini,  guru dan pelajar perlu mengakses pelbagai sumber pembelajaran seperti atlas, bahan audio, buku, karton, CD-ROM, ensaiklopedia, perisian komputer, kamus, rajah, dokumen, bahan pameran, lukisan, boneka, film, permainan, majalah, bahan manipulatif, peta, mikrofilm, model, bahan , multimedia, bahan muzik, suratkhabar, gambar foto, poster, relia, program televisyen, buku teks, video dan lain-lain lagi.Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber adalah:

Pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran mereka;
Pengalaman pembelajaran pelajar dirancang berdasarkan objektif pembelajaran;
Strategi dan kemahiran pembelajaran dikenal pasti dan diajar dalam konteks;
Sumber dipelbagaikan dalam lokasi pembelajaran yang juga dipelbagaikan;
Guru mempelbagaikan teknik pengajaran mereka; dan bertindak sebagai fasilitator yang memberi bimbingan, pemantauan dan penilaian berterusan terhadap perkembangan pencapaian pelajar;
Guru-guru perlu bekerja sama dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan sumber.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber tidak berhasil jika persekitaran sekolah tidak kaya dengan sumber maklumat. Tetapi keperluan ini nampaknya tidak dapat dipenuhi oleh perpustakaan kerana kekurangan sumber (Lim, 2002).

MODEL LITERASI MAKLUMAT
Terdapat pelbagai model literasi maklumat yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar literasi maklumat. Model The Big6™ oleh Eisenberg dan Berkowitz (1990) adalah salah satu model yang sesuai untuk pendekatan penyelesaian masalah. Menurut Mohammed & Azizah (2000), pendekatan The Big Six™  mendapat tempat di kalangan pakar-pakar dalam bidang literasi maklumat. Eisenberg & Berkowitz (1990) menegaskan bahawa keupayaan untuk menyelesaikan masalah adalah penting kepada pelajar. Mereka mengemukakan enam peringkat utama untuk menyelesaikan masalah secara sistematik seperti di bawah:

i.          Definisi Tugasan (Task Definition)
            Peringkat ini menentukan masalah dan mengenal pasti keperluan maklumat dalam menyelesaikan masalah.
ii.         Strategi Mencari Maklumat (Information Seeking Strategies)
            Peringkat ini pelajar akan menentukan sumber-sumber maklumat terbaik, membina strategi pencarian maklumat dan membuat keputusan serta memilih sumber yang paling sesuai.          
iii.        Lokasi dan Akses (Location and Access)
            Di sini pelajar akan mencari lokasi sumber dan mengakses maklumat.
iv.        Guna Maklumat (Use of Information)
            Peringkat ini pelajar akan membaca, mendengar, menonton dan lain-lain untuk memastikan kesesuaian maklumat itu. Maklumat yang sesuai dikenal pasti dan dikeluarkan serta digunakan secara terbaik.
v.         Sintesis (Synthesis)
            Pelajar pada peringkat ini akan menyusun maklumat secara teratur dan bersistem daripada pelbagai sumber yang dipilih tadi (menstruktur maklumat). Dan seterusnya pelajar akan mempersembahkan maklumat tadi.
vi.        Penilaian (Evaluation)
            Peringkat terakhir ini pelajar akan menilai hasil kerja terakhir (effectiveness) dan menilai proses kerja mereka dalam mencari maklumat itu tadi (efficiency). Dalam peringkat ini pelajar akan menentukan sama ada maklumat yang diperolehi menenepati kehendak tugasan. Mereka juga akan membuat refleksi bagaimana untuk mempertingkatkan serta menambah baik proses mencari maklumat pada masa hadapan.

MODUL PENGAJARAN LITERASI MAKLUMAT PROJEK SEMARAK
Modul yang ditulis berbentuk modul pengajaran ini digunakan oleh guru  dalam proses menerapkan kemahiran-kemahiran literasi maklumat dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Modul ini menjadi panduan dan  membantu guru kedua-dua mata pelajaran  dan guru media bekerja sama dalam menerapkan pengajaran literasi maklumat. Modul ini menggunakan pendekatan penyelesaian masalah mengikut model The Big Six™ yang  menggariskan secara tersusun langkah-langkah yang guru perlu ikuti dalam menyediakan proses pengajaran mereka.

Format modul ini disusunkan dalam bentuk topik dan unit kemahiran yang dipilih daripada sukatan pelajaran yang didapati sesuai diaplikasikan dengan konsep literasi maklumat. Kekuatan modul ini juga terletak pada konsep pengajaran secara kolaboratif yang bertujuan untuk menerapkan kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar. Bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang literasi maklumat serta isi kandungan mata pelajaran, pengajaran berasaskan sumber dipraktikan. Ketiga-tiga konsep ini, literasi maklumat, pengajaran kolaboratif dan pengajaran berasaskan sumber diharap dapat meningkatkan lagi tahap penggunaan pusat sumber di kalangan pelajar, dan seterusnya dapat membantu guru-guru mata pelajaran untuk menggunakan pusat sumber dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui ketiga-tiga konsep ini mutu serta tahap pencapaian pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran dapat dipertingkatkan dan seterusnya menyediakan pelajar yang dapat belajar secara kendiri dan pelajar yang mempunyai tahap literasi maklumat yang tinggi.



OBJEKTIF KAJIAN
Empat objektif kajian yang digariskan adalah:-

Untuk mengenal pasti serta mengukur sejauhmana modul membantu guru dalam pengajaran literasi maklumat.
Untuk mengenal pasti kemahiran-kemahiran literasi diterapkan dalam pengajaran mereka.
Untuk mengukur tanggapan mereka terhadap penerapan literasi maklumat merentas kurikulum.
Untuk mengenal pasti masalah utama tentang penerapan pengajaran literasi maklumat.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk deskriptif. Reka bentuk deskriptif dipilih bertujuan untuk menerangkan fenomena yang berlaku dalam perlaksanaan pengajaran literasi maklumat yang dilaksanakan melalui program Projek Semarak PSS. Satu set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik untuk mendapatkan data. Bahagian-bahagian dalam soal selidik ini adalah seperti Demografi; Pengetahuan Literasi Maklumat; Kemahiran Literasi Dalam Pengajaran; Tanggapan Terhadap Literasi Maklumat; dan Masalah Penerapan Literasi Maklumat

DAPATAN KAJIAN
Daripada 36 orang responden orang (36.1 %) adalah guru lelaki dan 23 orang (63.9 %) adalah guru perempuan. 13 orang (36.1%) merupakan guru media dan selebihnya 21orang (58.3%) adalah guru mata pelajaran. 12 orang mengajar Bahasa Inggeris dan 13 orang mengajar Sains. Walau bagaimanpun 11 orang tidak memberi respon. Maklum balas daripada responden menunjukkan lima orang (13.9 %) adalah daripada sekolah menengah dan 27 orang (75 %) adalah daripada sekolah rendah. Empat orang (11.1 %) tidak memberi respon.

Sejauh Manakah Modul Literasi Maklumat Dapat Membantu Guru-Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Literasi Maklumat?
Daripada dapatan kajian tentang modul literasi maklumat didapati modul ini memberi peluang kepada guru-guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan dengan skor min 3.60 (SP = 0.55). Modul ini juga didapati selaras dengan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran (min = 3.50, SP = 0.56). Seperkara yang menarik ialah guru tidak bersetuju bahawa aktiviti dalam modul yang dibina oleh pengkaji lebih kepada aspek pemulihan.(min=2.08, SP=0.44). Jadual 1 menunjukkan dengan jelas tentang kedudukan modul ini melalui respon guru-guru.

Jadual 1:          Analisis deskriptif bagi item-itemtentang modul literasi maklumat
               (Item soal selidik disusun mengikut turutan nilai min menurun)

No. Item
Item Soal Selidik
TJ
(%)
STS
(%)

TS
(%)
S
(%)
SS
(%)
Min
(SP)
14
  Modul memberi peluang kepada anda
  untuk mempelbagaikan teknik pengajaran
  dan pembelajaran

1
(2.8)

-

1
(2.8)

12
(33.3)

22
(61.1)

3.60
(0.55)
2
Modul yang disediakan menepati sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia
-
-
1
(2.8)
16
(44.4)
19
(52.8)
3.50
(0.56)
10
Modul memberi pendedahan kepada anda  bagaimana untuk mendapat sumber maklumat
1
(2.8)
-
-
18
(50)
17
(47.2)
3.49
(0.51)
7
Aktiviti dalam modul amat sesuai untuk pembelajaran secara kumpulan
1
(2.8)
-
1
(2.8)
17
(47.2)
17
(47.2)
3.46
(0.56)
20
Suasana pembelajaran pelajar anda menjadi lebih aktif dan menyeronokkan semasa menggunakan modul ini.
1
(2.8)
-
-
19
(52.8)
16
(44.4)
3.46
(0.50)
19
Pelajar sangat berminat dengan aktiviti yang disediakan dalam modul
1
(2.8)
-
-
19
(52.8)
16
(44.4)
3.45
(0.50)
11
Modul memberi pendedahan kepada anda  bagaimana untuk menggunakan sumber maklumat
1
(2.8)
-
1
(2.8)
20
(55.6)
14
(38.9)
3.37
(0.55)
12
Modul memberi pendedahan kepada pelajar anda bagaimana untuk mendapat sumber maklumat
1
(2.8)
-
2
(5.6)
18
(50)
15
(41.7)
3.37
(0.59)
1
Modul yang disediakan mudah diikut
-
-
1
(2.8)
22
(61.1)
13
(36.1)
3.33
(0.53)
15
Modul ini memberi panduan yang sistematik dalam merancang pengajaran literasi maklumat
2
(5.6)
-
1
(2.8)
21
(58.3)
12
(33.3)
3.32
(0.53)
4
Aktiviti dalam modul lebih kepada aspek pengayaan
-
-
3
(8.3)
19
(52.8)
14
(38.9)
3.31
(0.62)
13
Modul memberi pendedahan kepada pelajar anda bagaimana untuk menggunakan sumber maklumat
1
(2.8)
-
1
(2.8)
22
(61.1)
12
(33.3)
3.31
(0.53)

No. Item
Item Soal Selidik
TJ
(%)
STS
(%)

TS
(%)
S
(%)
SS
(%)
Min
(SP)
9
Peruntukan masa satu waktu seminggu untuk menggunakan modul adalah tidak mencukupi
1
(2.8)
-
5
(13.9)
17
(47.2)
13
(36.1)
3.23
(0.69)
3
Aktiviti dalam modul yang disediakan sesuai dengan tahap kebolehan pelajar
1
(2.8)
1
(2.8)
5
(13.9)
18
(50)
11
(30.6)
3.11
(0.76)
17
Pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran literasi maklumat selepas menggunakan modul ini
1
(2.8)
-
2
(5.6)
28
(77.8)
5
(13.9)
3.09
(0.45)
18
Pelajar anda dapat mengikuti langkah-langkah The Big Six™ dalam modul
1
(2.8)
-
8
(22.2)
24
(66.7)
3
(8.3)
2.86
(0.55)
16
Prestasi pelajar anda dalam ujian bulanan meningkat selepas menggunakan modul ini
4
(11.1)
1
(2.8)
7
(19.4)
20
(55.6)
4
(11.1)
2.84
(0.68)
6
Aktiviti dalam modul amat sesuai untuk pembelajaran secara individu
1
(2.8)
1
(2.8)
14
(38.9)
18
(50)
2
(5.6)
2.60
(0.65)
8
Modul ini tidak dapat diikuti sepenuhnya kerana saya kurang berpengetahuan dalam literasi maklumat
1
6
(16.7)
20
(55.6)
7
(19.4)
2
(5.6)
2.14
(0.77)
5
Aktiviti dalam modul lebih kepada aspek pemulihan
-
2
(5.6)
29
(80.6)
5
(13.9)
-
2.08
(0.44)

Apakah Jenis Kemahiran Literasi Maklumat Yang Diterapkan Dalam Pengajaran Guru?
Dalam soalan bahagian kemahiran literasi maklumat dalam pengajaran soalan-soalan dibahagikan kepada empat subkemahiran. Analisis kajian ini dipersembahkan mengikut kemahiran-kemahiran tertentu.

Kemahiran Perpustakaan
Jadual 2 di bawah menunjukkan kemahiran-kemahiran perpustakaan yang digunakan oleh responden. Melalui dapatan ini jelas menunjukkan bahawa responden banyak menggunakan bahan rujukan dengan skor min = 2.51 (SP = 0.82). Bahagian-bahagian buku pula mencatat min 2.28. Penggunaan katalog perpustakan mencatat nilai min yang paling rendah (min = 1.03, SP = 0.88)

Jadual 2:  Kemahiran perpustakaan

Kemahiran-kemahiran
Bil
Min
Sisihan Piawai
Lokasi bahan dan sumber
35
2.14
.77
Katalog perpustakaan
36
1.03
.88
Menggunakan bahan rujukan
35
2.51
.82
Membuat bibligorafi dan rujukan
35
1.77
.88
Mengenal bahagian-bahagian buku
36
2.28
1.00
Menggunakan indeks
36
1.69
.95
Menggunakan glosari
36
1.56
.91

Kemahiran Belajar
Bagi kemahiran belajar pula didapati responden banyak menggunakan kemahiran membaca (min = 2.72, SP = 0.85). Kemahiran yang paling rendah digunakan adalah kemahiran menyusun maklumat (min = 2.19, SP = 0.82) dan kemahiran berfikir (min = 2.31, SP = 0.82). Dapatan ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Kemahiran belajar
Kemahiran-kemahiran
Bilangan
Min
Sisihan Piawai
Kemahiran membaca
36
2.72
.85
Kemahiran mendengar
36
2.61
.80
Kemahiran mengambil dan mencatat nota
36
2.56
.84
Kemahiran menyusun maklumat
36
2.19
.82
Kemahiran berfikir
36
2.31
.82

Kemahiran komunikasi
Jadual 4 menunjukkan data tentang kemahiran komunikasi yang digunakan oleh responden dalam pengajaran mereka. Daripada jadual ini, didapati responden banyak menggunakan kemahiran menyoal (min = 2.64, SP = 0.89). Kemahiran yang paling kurang sekali digunakan adalah berbahas (min = 1.31, SP = 0.89).

Jadual 4:   Kemahiran komunikasi
Kemahiran-kemahiran
Bilangan
Min
Sisihan Piawai
Kemahiran menyoal
36
2.64
.90
Kemahiran menemu ramah
36
1.78
1.02
Kemahiran memberi pendapat
36
1.92
1.0
Berbahas
36
1.31
.89
Memberi ucapan
36
1.50
.97
Membuat laporan
36
1.86
1.02
Kemahiran Hidup
Jadual 5 menunjukkan data tentang aspek-aspek kemahiran hidup yang digunakan oleh responden dalam pengajaran mereka. Daripada jadual tersebut, jelas menunjukkan responden banyak menggunakan kemahiran berinteraksi dan beretika (min = 2.38, SP 0.91) berbanding dengan kemahiran menguruskan masa.

Jadual 5:  Kemahiran hidup

Kemahiran Hidup
Bilangan
Min
Sisihan Piawai
Mengurus masa
36
2.2500
.96732
Berinteraksi dan beretika
36
2.2778
.91374


Apakah Tanggapan Guru Terhadap Penerapan Literasi Maklumat Merentas Kurikulum?
Daripada soalan-soalan soal selidik didapati responden bersetuju dan beranggapan bahawa kemahiran literasi maklumat perlu diajar kepada semua guru pelatih semasa di maktab perguruan lagi. Item ini mendapat skor tertinggi dengan nilai min 3.75 dan sisihan piawai 0.44. Mereka juga mengakui bahawa penggunaan teknologi digital dapat membantu dalam proses carian maklumat (min = 3.58, SP = 0.50). Selain itu, guru beranggapan bahawa mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam literasi maklumat. Dari segi pelaksanaan aktiviti kolaborasi,  guru berpendapat bahawa mereka mempunyai pengetahuan serta tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Data ini dapat dilihat dalam Jadual 6.

Jadual 6:   Tanggapan responden terhadap penerapan literasi maklumat

No.
Item
Item-item
Bil
Min
Sisihan Piawai
50.
Kemahiran literasi maklumat perlu diajar kepada semua guru pelatih semasa di dalam latihan keguruan
36
3.75
.44
57.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet dan CD membantu proses mencari maklumat
36
3.58
.50
55
Jadual waktu khas untuk pengajaran literasi maklumat perlu diperuntukkan kepada semua sekolah
36
3.56
.50
53
Semua guru perlu terlibat dalam pengajaran literasi maklumat
36
3.50
.56
58.
Pengajaran literasi maklumat merentas kurikulum dapat meningkatkan motivasi pelajar
36
3.47
.51
51.
Program PSS dapat memberi kesan yang positif dalam penerapan literasi maklumat
36
3.44
.54
62.
Pihak PSPN membuat bimbingan dan khidmat nasihat sepanjang Projek Semarak dilaksanakan
36
3.39
.55
59.
Pelajar seronok mencari maklumat melalui sumber rujukan di PSS
36
3.36
.49
52.
Pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan baik melalui pengajaran literasi maklumat merentas kurikulum
35
3.34
.54
56.
Anda perlu menyediakan sudut khas untuk mempamer hasilan pelajar berkaitan literasi maklumat
36
3.31
.47
45.
Bahan serta sumber rujukan berasaskan elektronik amat terhad di sekolah untuk mengajar literasi maklumat
36
3.28
.74
63.
Pihak PSPN menganjurkan kursus tentang literasi maklumat secara berterusan
35
3.26
.61
54.
Pelaksanaan pengajaran literasi maklumat memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi
36
3.19
.71
60.
Pentadbir sekolah memberi sokongan yang baik terhadap Projek Semarak PSS
36
3.14
.64
44.
Bahan serta sumber rujukan bercetak amat terhad di sekolah untuk mengajar literasi maklumat
36
3.08
.77
47.
Kolaborasi berjalan serta dilaksanakan dengan baik
36
2.86
.72
61.
Pentadbir memantau perkembagan Projek Semarak PSS
36
2.78
.68
49.
Pengajaran literasi maklumat sesuai dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kebolehan
35
2.77
.81
41.
Kemahiran literasi maklumat pelajar sangat rendah
36
2.69
.58
46.
Anda kurang berpengetahuan untuk menjalankan aktiviti kolaborasi
36
2.25
.65
42.
Anda tidak berkemahiran  dalam literasi maklumat
35
2.06
.48
48.
Anda menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti kolaborasi
35
2.06
.64
43.
Anda tidak berpengetahuan dalam literasi maklumat
35
1.97
.45




Apakah Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Penerapan Literasi Maklumat Dalam Pengajaran?
Data ini diperolehi daripada soalan-soalan terbuka di akhir soal selidik. Soalan-soalan ini memberi peluang kepada responden untuk mengemukakan pendapat serta komen mereka tentang masalah dalam penerapan literasi maklumat dalam pengajaran. Bahagian ini menganalisis data kualitatif yang diperoleh daripada maklum balas bertulis daripada guru-guru berbabit. Kesemua masalah yang dikemukakan oleh responden dikategorikan mengikut analisis kandungan di bawah. Daripada analisis data kualitatif yang dijalankan didapati aspek-aspek masalah yang dapat dikenal pasti adalah:

Kekangan masa
            Respoden mengemukakan masalah dalam peruntukan masa yang amat terhad untuk proses penerapan literasi maklumat.
Kekurangan sumber
            Kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu masalah yang dikemukakan. Masalah ini antara lain mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
Pendedahan kepada guru tentang literasi maklumat
            Salah satu lagi masalah yang dapat dikenal pasti adalah kurangnya pendedahan.
Waktu Interaksi
            Satu lagi masalah yang dapat dikenal pasti melalui maklum balas responden adalah waktu interaksi bagi menerapkan kemahiran literasi maklumat dalam subjek Sains dan Bahasa Inggeris.
Penggunaan modul yang memberi lebih kelebihan kepada pelajar pandai.
            Salah satu dapatan yang diperolehi melalui responden yang mengemukakan tentang masalah menerapkan kemahiran literasi maklumat adalah kandungan dan aktiviti di dalam modul yang lebih sesuai kepada pelajar-pelajar pandai.
Sokongan serta penghargaan daripada pihak pengurusan sekolah, PPD, JPN dan PSPN.
            Masalah-masalah lain yang dikemukakan adalah tentang sokongan daripada pihak pentadbiran dan pengurusan.
Pengetahuan Literasi Maklumat
            Melalui maklum balas responden didapati tahap pengetahuan pelajar dalam literasi maklumat juga menjadi salah satu masalah kepada mereka.
Masalah Kewangan
Daripada aspek kewangan, responden mengemukakan masalah yang dihadapi untuk pembelian  bahan-bahan tambahan bagi membantu proses pengajaran mereka.

PERBINCANGAN
Tanggapan terhadap Penggunaan Modul Literasi Maklumat
Keseluruhannya modul literasi maklumat yang dihasilkan khusus untuk Projek Semarak PSS didapati sesuai dan dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran literasi maklumat merentas kurikulum. Ini dibuktikan dengan skor min yang paling tinggi untuk item tentang peranan modul dalam memberi peluang kepada guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Dapatan ini selaras dengan pendapat Lim (2002), Curry (2001) & Carol (1996) tentang pendekatan literasi maklumat dapat memberi sumbangan positif dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Kenyataan ini dibuktikan lagi melalui dapatan yang menunjukkan bahawa suasana pembelajaran pelajar menjadi aktif dan menyeronokkan (min = 3.46, SP = 0.50). Bagi membuktikan bahawa modul ini penting serta selaras dengan kurikulum Kementerian Pelajaran, hujah ini dipersetujui oleh 35 orang responden (97.2%) yang menyatakan bahawa modul ini menepati sukatan pelajaran. Bagaimanapun 31 orang (86.2%) tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa  modul ini lebih kepada aspek pemulihan.

Amalan Kemahiran Literasi Maklumat
Dapatan tentang amalan kemahiran-kemahiran literasi maklumat  mendapati guru-guru banyak menggunakan kemahiran yang biasa  digunakan mereka dalam pengajaran seharian.  Dapatan kajian membuktikan bahawa mereka banyak menggunakan kemahiran belajar. Skor min untuk kemahiran ini lebih tinggi daripada kemahiran-kemahiran lain. Mereka lebih banyak memberi tumpuan kepada kemahiran membaca (min = 2.72), kemahiran mendengar (min = 2.61) dan kemahiran mengambil dan mencatat nota (min = 2.56) Dapatan ini dengan jelas menunjukkan bahawa responden lebih banyak mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang lebih mirip kepada aktiviti berpusatkan guru. Hujah ini terbukti dengan dapatan yang menunjukkan min bagi kemahiran perpustakaan (min = 1.85) adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain. Dapatan ini selari dengan dapatan Lim (2002) yang  mengemukakan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh guru antaranya proses pengajaran dan pembelajaran yang terlalu berpusatkan guru, kurangnya penggunaan PSS dan strategi pengajaran yang diamalkan lemah.


Tanggapan Guru terhadap Penerapan Literasi Maklumat
Pada keseluruhannya responden mempunyai tanggapan yang positif (min = 3.05) terhadap penerapan kemahiran literasi maklumat merentas kedua-dua mata pelajaran ini. Mereka menganggap bahawa semua guru pelatih perlu didedahkan kepada kemahiran ini semasa di institut pendidikan guru lagi (min = 3.75) Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga dianggap penting dalam aspek carian maklumat (min = 3.58) dan dapatan ini selari dengan hujah Eisenberg (2002) tentang perlunya sokongan daripada TMK. Walau bagaimanapun, mereka tidak menganggap diri mereka kurang menguasai  kemahiran dan pengetahuan dalam aspek literasi maklumat.

Masalah Penerapan
Daripada analisis kualitatif, didapati masalah utama pelaksanaan projek ini amnya dan penerapan literasi maklumat khasnya adalah kekurangan resos ataupun sumber. Dapatan ini akan menjejaskan pelaksanaan projek ini yang kekuatannya terletak pada keperluan resos (resource-based learning). Hujah ini selari dengan pendapat Moore (1997) yang menyatakan bahawa keperluan kepada maklumat sangat penting kepada guru tetapi keperluan ini tidak dapat dipenuhi kerana perpustakaan kekurangan sumber. Masalah lain yang agak menarik untuk dikemukakan adalah hujah G06 yang menyatakan “Murid yang pandai semakin pandai. Murid lemah menjadi tidak ada perubahan dalam aktiviti dan hasilan pembelajaran” Hujah ini dikongsi oleh G32 yang menyatakan “Pelaksanaan pengajaran literasi maklumat di sekolah amat baik untuk pelajar yang advance/cemerlang berbanding dengan pelajar lemah yang ‘pak turut’”. Pendapat mereka selari dengan dapatan dalam kajian ini menerusi soal selidik  yang menunjukkan bahawa modul ini tidak direka bentuk untuk aktiviti pemulihan.

CADANGAN
Dalam kajian ini cadangan yang dikemukakan adalah dalam dua hala. Pertama adalah beberapa cadangan penyelesaian berpandukan  dapatan kajian ini. Antara cadangan-cadangan penyelesaian  ialah:-

Teori, konsep dan aspek pedagogi literasi maklumat perlu diajar kepada guru-guru pelatih di peringkat institut pendidikan guru lagi. Guru-guru pelatih ini perlu mendapat  pendedahan awal supaya mereka tidak merasa apa yang  dilakukan di sekolah nanti adalah sesuatu perkara yang baru diperkenalkan dan ini akan mengurangkan perasaan resah serta penolakan daripada mereka kerana mereka telah dilatih untuk memahami konsep, teori dan pelaksanaannya di dalam pengajaran.
Pertingkatkan serta salur resos ke sekolah melalui peruntukan contohnya peruntukan Bank Dunia dan projek-projek hasil kajian universiti (seperti Projek Akal, InSPIRE dll). Kekurangan sumber atau resos akan mnjejaskan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran berasaskan sumber.
Reka bentuk modul perlu lebih mempelbagaikan aktiviti dan perlu berlandaskan kepada satu model reka bentuk pengajaran (Instructional Design). Sama ada reka bentuk yang berorientasikan bilik darjah ataupun sistem boleh diguna pakai.
Kursus peningkatan harus diperbanyak dan dipertingkatkan kepada guru-guru mata pelajaran.

Kedua adalah cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan selepas kajian ini. Kajian-kajian yang boleh dicadangkan adalah:-
i.          Kajian kes boleh dilakukan. Kajian yang berbentuk kualitatif ini dapat memberi maklumat mendalam tentang sesuatu aspek yang ingin dikaji.
ii.         Kajian eksperimental untuk melihat keberkesanan modul, dan pengajaran berasaskan model The Big Six serta resource-based learning atau mana mana model berasaskan literasi maklumat.
Penutup dan daftar Pustaka
PENUTUP
Melalui dapatan kajian ini diharap beberapa perubahan dapat dilakukan sebelum modul ini diketengahkan untuk kegunaan sekolah-sekolah lain. Walaupun modul ini sesuai dan boleh digunakan, penulis-penulis modul perlu membuat penambahbaikan terhadap modul ini dengan menambah beberapa aspek yang dikemukakan. Keperluan serta kerjasama daripada agensi-agensi maklumat lain perlu untuk membangunkan resos supaya pelajar boleh mempelbagaikan proses pembelajaran mereka. Seperkara yang menarik adalah untuk melihat bagaimana konsep literasi maklumat ini boleh direalisasikan melalui pendekatan pedagogi bestari.

BIBLIOGRAFI
ALA (1986). Information literacy. http://www.ala.org/acrl/ilintro.html#ildef.
Carol, S. (1996). The school librarian’s role in the electronic age. ERIC Digest. http://www.eduref.org/plweb-cgi/obtain.pl. 8/7/2004.
College & Research Libraries News. (May, 1998).
Curry, L.C. (2001). Proof of the power: Recent research on the impact of school library media programs on the academic achievement of U.S. public school students. ERIC Digest. http://www.eduref.org/plweb-cgi/obtain.pl. 8/7/2004.
Eisenberg, M. & Berkowitz, L. (1990). Information problem-solving. The Big Six approaches to library and information skills instruction. New Jersey: Ablex
Eisenberg, M. & Johnson, D. (2002). Learning and teaching information technology: Computer skills in context. ERIC Digest. http://www.eduref.org/plweb-cgi/obtain. 8/7/2004.
Eric, P. (1999). Information literacy. Eric Digest.
http:www.edurf.org/plweb-cgi/fastweb?getdoc+eduref+ericbd+1052594+1+wAAA. 7/8/2004
Lim, Eng Hock. (2002). Kesan kemahiran maklumat bersepadu (KMB) terhadap pembelajaran geografi di peringkat sekolah menengah rendah. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia. Tidak diterbitkan.
Mohammed Sani Ibrahim & Azizah Wati Mohd. Noor. (2000). Literasi maklumat dan kemahiran maklumat: Pembelajaran sepanjang hayat. Jurnal Teknologi, 33 (E). ms. 53 – 68.
Moore, P. (1997). Teaching information problem solving in primary schools: An Information literacy survey. 63rd IFLA General Conference – Conference Programme and Proceeding – August 31 – September 5, 1997. http://www.ifla.org/IV/ifla63/63moop.htm. 13/11/2003.
Moore, P.A. (1997). Information problem-solving: A wider view of library skills. Journal of Contemporary Educational Psychology, 20, 1 -31.
Naisbitt, J. (1996). Megatrends Asia: The eight Asian megatrends that are changing the world. London: Nicholas Brealey Pub.
Streatfield, D. & Markless, S. (1994). Invisible learning? The contribution of school libraries to teaching and learning. Library and Information Research Report. London: British Library.
Toffler, A. (1980). The Third Wave. Toronto: Bantam Books.
U.S. Department of Labor Secretary's Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS). http://www.cabrillo.cc.ca.us/~tsmalley/DefiningInfoLit.html.
Vicki, E.H. (1993). Information literacy for lifelong learning. ERIC Digest. http://www.edoref.org/plweb-cgi/obtain.pl. 8/7/2004.
What is resource-based learning?  http://library.queensu.ca/inforef/tutorials/rbl/rblintro.htm













.