Analisis Meta Satu Inovasi Dalam Kaedah Penyelidikan Pendidikan

Analisis-meta merupakan satu kaedah penyelidikan yang menggabungkan keputusan kajian yang pernah dibuat dan unit analisisnya pula ialah keputusan bagi setiap kajian yang dilakukan itu secara berasingan. Ia lebih merupakan satu cara yang cekap dan berkesan dalam membuat satu rumusan dari hasil kajian yang lebih besar. Anailisis-meta bersifat kuantitatif dengan penyemakan literature secara neratif mempunyai tiga kelebihan berbanding dengan membuat penyemakan literatur secara biasa. Ianya memberi peluang kepada penyemak untuk mengkuantifaikan trend yang terdapat dalam literature dengan menyatukan kesan saiz dan kebarangkalian yang terdapat dalam beberapa kajian. Kesan saiz ini dijadikan indeks bagi sesuatu impak bagi sesuatu variable dan ini akan meningkatkan lagi kuasa ujian statistik di samping mendorong penyelidik mengkaji literature itu dengan lebih bersungguh-sungguh dan lebih mendalam lagi. Analisis-meta melibatkan  menentu dan mendefinisikan tujuan penyemakan,  pemilihan sampel dan menentukan lokasi penyelidikan berdasarkan kriteria yang spesifik, data dari beberapa kajian dikumpulkan, dikodkan mengikut objektif penyemakan. Hasil kajian ditukarkan kepada metrik yang sama supaya dapat dibuat satu perbandingan yang jelas dan cekap. Akhirnya, prosedur statistik digunakan untuk mengenalpasti pertalian diantara ciri-ciri yang dikaji dengan dapatan hasil kajian. Analisis-meta ini lebih sistematik, lebih eksplisit, lebih exhaustik dan lelih kuantitatif berbanding dengan kaedah yang biasa digunakan dalam pencarian sesuatu bahan. Natijhanya, hasil dapatan penyemakan adalah lebih lengkap, tepat dan objektif. Namun demikian analisis-meta juga bermasalah seperti bias, kehilangan maklumat, masalah keheterogenan, memperbesarkan aras signifikan dan kepentingan praktikaliti tentang sesuatu anggaran kesan saiz.
Makalah oleh:Bhasah Hj. Abu Bakar

PENGENALAN


Analisis-meta adalah satu kaedah penyelidikan yang sedang digunakan untuk menentukan sesuatu konstruk atau perkara dengan mengumpulkan semua bahan dan dibuat satu analisis berdasarkan analisis yang ada. Ia merupakan satu alat kuantitatif yang cuba mencari perbandingan atau menggabungkan keputusan kajian yang pernah dibuat.  Unit analisisnya pula ialah keputusan bagi setiap kajian yang dilakukan secara berasingan. Ia lebih merupakan satu cara yang cekap dan berkesan dalam membuat satu rumusan dari hasil kajian yang lebih besar. Analisis meta buat pertama kalinya telah di perkenalkan oleh Karl Pearson dalam tahun 1904 dalam usahanya untuk menangani permasalahan kuasa statistik yang rendah dalam kajiannya menggunakan saiz sample yang kecil. Dalam pencarian maklumat untuk analisis-meta, penyelidik juga dikehendaki untuk melaporkan aras signifikan dalam setiap kajian yang dibuat itu dan diberikan panduan yang terperinci bagaimana aras signifikan ini perlu digabungkan untuk mendapatkan ujian yang signifikan bagi kesemua kajian yang dilakukan. Lazimnya kajian yang dilakukan akan menyatakan perbezaan seperti signifikan pada p < 0.05. Ini menunjukkan kaedah tradisi dalam penyemakan semula kerap mengalami kekurangan kuasa berbanding dengan menggunakan kaedah analisis-meta. Ini bermakna, kejadian Ralat Jenis II (gagal menolak hipotesis nol yang palsu) adalah lebih tinggi dari kaedah tradisional berbanding dengan prosedur analisis-meta dalam membuat rumusan bagi sesuatu domain kajian yang dilakukan. Analisis-meta bolehlah disifatkan sebagai persamaan kuantitatif dengan penyemakan literatur secara naratif.  Analisis-meta mempunyai tiga kelebihan berbanding dengan membuat penyemakan literatur.

(i)           memberi peluang kepada penyemak untuk mengkuantifaikan trenda yang terdapat dalam literatur dengan menyatukan kesan saiz dan menyatukan kebarangkalian yang terdapat dalam beberapa kajian. Kesan saiz dijadikan sebagai satu indek bagi sesuatu impak bagi sesuatu variable.
(ii)         dengan menyatukan keputusan beberapa kajian  akan meningkatkan lagi kuasa ujian statistik.
(iii)       proses dalam menyediakan keputusan untuk analisis-meta mendorong penyelidik untuk membaca sesuatu literature itu dengan lebih bersunguh-sungguh dan lebih mendalam lagi.

ANALISIS-META SEBAGAI KAEDAH PENYELIDIKAN

Menurut Bangert-Drowns dan Rudner, (1991), analisis-meta adalah satu pengumpulan teknik yang sistematik untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan dalam keputusan penyelidikan yang dilaksanakan. Oleh itu, tugas analisis-meta adalah untuk menterjemahkan keputusan kajian yang didapati itu dari pelbagai penyelidik kepada satu metrik yang sama dan secara statistiknya pula cuba menjelajahi pertalian diantara ciri-ciri kajian yang dikehendaki dengan dapatan dari kajian-kajian berkenaan.
Analisis-meta cuba menjawab kepada beberapa permasalahan dalam penyelidikan pendidikan. Isu yang penting di sini ialah, kajian yang dibuat oleh ramai penyelidik  yang membuat penyelidikan yang hampir sama mempunyai banyak maklumat penting dan agak sukar juga untuk dibuat satu rumusan yang konkrit.  Sukar untuk ditentukan sama ada perbezaan hasilan yang didapati itu ekoran dari peluang, atau ketidak cekapan kaedah yang digunakan atau dari perbezaan yang sistematik dalam kajian ciri-ciri berkenaan.

LANGKAH-LANGKAH ANALISIS-META.

Pada umum-nya, prosedur menjalankan penyelidikan analisis-meta adalah sama dengan langkah-langkah yang dibuat dalam penyelidikan asas yang sering kita jalankan. Pada peringkat awalnya, penyelidik hendaklah menentukan dan mendefinisikan tujuan penyemakan semula itu dibuat. Ia itu apakah matlamat kita dalam membuat penyemakan semula tentang sesuatu tajuk penyelidikan itu ? Oleh itu, kita haruslah membentuk satu kerangka kajian  yang hendak dibuat. Ia boleh merupakan satu yang praktikal atau hanya dengan bersandarkan persoalan teori dalam pelbagai skop, tetapi haruslah jelas untuk memandu si penyelidik dalam membuat pemilihan kajian dan data yang ingin dikumpulkan. Keduanya, pemilihan sampel mengandungi kaedah-kaedah yang spesifik untuk menentukan lokasi penyelidikan yang memenuhi kriteria yang spesifik yang telah ditetapkan untuk dimasukkan kedalam kajian yang hendak dibuat. Umumnya, analisis-meta adalah satu kaedah penyemakan semula yang komprehensif terhadap populasi kajian yang relevan. Ketiganya, data dikumpulkan dari kajian-kajian yang telah dibuat dengan dua cara. Ciri-ciri kajian dikodkan mengikut objektif penyemakan yang dibuat, dan sebagai checking kepada ancaman kepada kesahan. Hasilan kajian ditukarkan kepada metrik yang sama supaya kita dapat membuat satu perbandingan yang jelas dan cekap. Metrik asas dalam penyelidikan pendidikan ialah kesan saiz, iaitu perbezaan yang standard diantara min rawatan dengan min kawalan. Akhirnya, prosedur statistik digunakan untuk menyiasat pertalian diantara ciri-ciri yang dikaji dengan dapatan hasil daripada penyelidikan berkenaan (pengumpulan semua hasil penyelidikan yang dibuat).

KESAN SAIZ (EFFECT SIZE)

Kesan saiz merupakan satu teknik untuk menaksir magnitud perbezaan diantara dua kumpulan. Pengukuran kesan saiz merupakan perbezaan diantara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dibahagikan dengan sisihan piawai kumpulan kawalan (Ary et. al., 2002). Secara formulanya ia bolehlah ditulis seperti:
           
Dimana:                     Kesan saiz perbezaan diantara min
                                    Xe        min bagi kumpulan eksperimen
                                    Xc        min bagi kumpulan kawalana
                                    Sc         sisihan piawai bagi kumpulan kawalan

Pengukuran kesan saiz digunakan untuk menentukan kekuatan pertalian diantara independent variable ke atas dependent variables. Oleh itu, kesan saiz lebih merupakan satu petunjuk yang dapat menggambarkan atau menjelaskan kekuatan pertalian berkenaan diantara independent variable dengan dependent variable yang tidak bergantung kepada saiz sampel yang kita gunakan. Saiz kesan juga merupakan maklumat huraian yang penting dan sepatutnya dilaporkan dalam setiap penyelidikan yang dibuat.  Indeks bagi saiz kesan adalah seperti r2 untuk variat tunggal dan R2 untuk variat berganda. Apabila saiz sampelnya kecil, walaupun terdapat perbezaan yang kuat atau besar, ujian statistik mungkin tidak akan menunjukkan sebarang signifikan dari segi statistiknya. Keadaan sebaliknya mungkin benar, sekiranya saiz sampel besar,  kesan yang amat kecil sekali pun akan mendapatkan keputusan statistik yang signifikan.

MENGHITUNG KESAN SAIZ

Kesan saiz kecil dan sederhana adalah biasa untuk penyelidikan dalam bidang pendidikan dan sains sosial. Cohen (1988) telah memberikan satu bimbingan yang umum tetapi amat berguna sebagai satu garis panduan dalam menentukan kesan saiz.


Jadual 1: Penentuan kesan saiz

Kesan Saiz
Khi Kuasa Dua   ( φ )
Ujian-t  ( ď )
ANOVA-sehala   ( ƒ )
Multivariat  ( D2 )
Kecil
0.10
0.20
0.10
0.25
Sederhana
0.30
0.50
0.25
0.50
Besar
> 0.50
> 0.80
> 0.40
> 1.00

Formula kesan saiz bagi  khi kuasa dua, statistik-t dan statistik-F
                       
          φ  =  √(χ2 /N )

                         ď  =  t (1/n1  +  1/n2),

                         ƒ  =    { (k – 1)  F /N }

Kesan saiz boleh juga dihitung menggunakan formula berikut:

                        ď   =   μ1   -   μ2
                                     σ

σ    =    ialah sisihan piawai bagi populasi berkenaan dimana sampel berkenaan diambil (dikaji). Berdasarkan formula ini juga, dapat kita rumuskan secara mudah, kesan saiz menjelaskan kepada kita tentang perbezaan antara kumpulan berdasarkan min ( μ ) menggunakan unit sisihan piawai.

Jika kita diperhatikan formula diatas, itu adalah formula yang kita gunakan untuk menghitung skor standard, iaitu untuk mencari skor transformasi dari satu ujian kepada satu ujian yang lain. Cohen (1969) menyatakan, formula ini boleh digunakan untuk menentukan kesan saiz dalam unit  sisihan piawai. Menurut Cohen lagi, nilai ď  = 0.2, sebagai kesan saiz kecil, ď  = 0.5 kesan saiz sederhana dan ď  = 0.8 sebagai kesan saiz besar.  Kesan saiz kecil dan sederhana adalah perkara biasa dalam penyelidikan pendidikan dan sains sosial. Mahalanobis D2 merupakan pengukuran kesan saiz multivariat dengan panduan seperti berikut:

                                    Jadual 2: Interpretasi kesan saiz mahalanobis D2

            Kesan Saiz (D2)
Makna / Interpretasi
0.25
Kesan kecil
0.50
Kesan sederhana
1.00
Kesan besar


Perbezaan minimum yang hendak kita tentukan atau kenalpasti antara u1 dengan u2 berteraskan kesan saiz mempermudahkan kita untuk menentukan saiz sample, n.

              n   =    (Zα    -    Zβ)2
                        1   -    μ2)22

                n =   (Zα   -   Zβ)2
                                d2

Di sini dapat kita lihat, untuk menentukan n, kita hanya perlu tentukan:

a.             nilai d
b.            kuasa
c.             kebarangkalian berlakunya ralat Jenis 1

Berdasarkan indek yang dinyatakan di atas, kita boleh menentukan saiz sampel yang munasabah untuk sesuatu kajian untuk mengelakkan kita dari menggunakan bilangan partisipan yang terlau sedikit (tidak mencukupi) yang boleh mengurangkan kecekapan kuasa, atau partisipan  yang terlalu ramai (melebihi dari yang sepatutnya) yang menyebabkan kita membazirkan masa dan perbelanjaan dalam menjalankan kajian berkenaan.  Oleh itu penyelidik haruslah berhati-hati dalam mereka bentuk penyelidikan agar dapat:

a.             Kuasa yang secukupnya untuk menentukan perbezaan yang bermakna dan praktikal diantara μ1 dengan μ2.
b.            Menggunakan sumber yang minimum, n
c.             Mempunyai pengawalan yang secukupnya dari membuat Ralat Jenis 1
d.      Meminimumkan kesan dari variable yang tidak diperlukan

Setiap analisis-meta boleh melibatkan dua jenis analisis: satu daripadanya ialah yang melibatkan kebarangkalian bergabung bagi semua kajian yang terlibat dan kesan saiz yang digabungkan. Bagi setiap kajian berkenaan, kita perlu menukarkan setiap pengukuran kebarangkalian itu kepada satu pengukuran yang standard dan setiap kesan saiz kepada satu pengukuran yang standard juga.
Penghitungan kesan saiz adalah berdasarkan kepada:

(i)           perbezaan min standard (d),
(ii)         koefisien korelasi seperti r dan phi
(iii)       eta

Selepas kita telah berusaha mengumpulkan bahan, kita perlu pula membuat satu penilaian sama ada sumber keputusan yang kita dapati itu adalah signifikan dan benar-benar berkait dengan kajian yang kita lakukan dan kepentingan kesan yang akan didapati. Rosenthal (1991) telah membuat pengelasan tentang jenis dokumen yang perlu kita dapatkan untuk membuat pengumpulan data dalam analisis-meta:

a.             Buku:  Ini termasuklah buku yang mempunyai pengarang, buku yang diedit dan bab-bab dalam buku yang diedit.
b.            Journal: Ini meliputi jurnal-jurnal profesional, newsletter, majallah dan akhbar
c.             Kajian akademik: ini juga meliputi tesis dan disertasi bagi pengajian diperingkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran
d.            Laporan yagn tidak dicetak: Ini  juga termasuklah laporan teknikal, cadangan grant, laporan grant, kertas kerja yang tidak diterbitkan dalam prosiding, laporan ERIC, filem, kaset rekoding dan lain-lain bahan yang tidak dicetak.

SUMBER DATA

Analisis-meta memerlukan penyelidik mendapatkan semua bahan kajian dari semua sumber yang wujud dalam dunia penyelidikan di Malaysia (bagi kajian yang sedang kami lakukan) atau dimana jua. Ia boleh datang dari buku, prosiding, jurnal, review dan bermacam-macam lagi yang ada memuatkan keputusan penyelidikan yang pernah dibuat oleh mana-mana penyelidik selaras dengan tajuk yang dibuat. Sebagai contoh, kami sedang membuat satu analisis meta terhadap: Pencapaian Anak-anak Melayu Sekolah Menengah dalam Bidang Sains dan Matematik. Untuk kajian ini, kami menumpukan penuh perhatian kepada pencapaian pelajar Melayu di Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sahaja. Antara persoalan yang ingin kami jawab adalah seperti:

i.              Adakah persoalaan perbezaan gender akur kepada penyelidikan-penyelidikan yang pernah dibuat?
ii.            Adakah wujud perhubungan antara latar belakang partisipan dengan pencapaian pelajar?
iii.          Adakah wujud hubungan antara konsep kendiri mereka dengan pencapaian pelajar?
iv.          Adakah wujud sebarang hubungan antara saiz keluarga dengan pencapaian pelajar?

Di atas merupakan beberapa persoalan yang cuba kami cari jawapannya melalui analisis-meta yang cuba kami lakukan. Pencapaian pelajar bermakna pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik atau dalam mana-mana komponen Sains dan Matematik yang pernah dibuat penyelidikan oleh mana-mana penyelidik berkaitan dengan pelajar Melayu sahaja.  Dalam menjalankan penyelidikan analisis-meta ini, kami telah bersetuju untuk memakai tiga peringkat yang dianjurkan oleh Burns (2000) seperti berikut:

a.             Mengenalpasti variable yang relevan
i.              unit analisis - kajian yang menekankan kepada kesan: tempat tinggal, sikap, jarak ke sekolah, keadaan keluarga dan lain-lain ke atas  pencapaian Sains dan Matematik pelajar-pelajar Melayu Sekolah Menengah.
b.            Menetapkan penyelidikan yang perlu kami dapatkan untuk mendapatkan maklumat yang kami perlukan.
c.             Menjalankan analisis-meta menggunakan kaedah saiz-kesan.



VARIABLE KAJIAN

Pada peringkat awal kajian meta analisis kami telah menetapkan variabel seperti yang dinyatakan dalam soalan kajian. Selepas kami menjalankan kerja lapangan untuk mendapatkan maklumat, kami dapati banyak maklumat berkenaan tidak wujud dari pelbagai sumber yang pernah kami terokai. Lantaran itu, kami telah mengambil keputusan untuk meluaskan lagi konsep pencapaian kepada variable berikut untuk memastikan kami dapat melengkapkan kajian ini dari aspek pencapaian pelajar Melayu dalam Sains dan Matematik. Variable yang kami beri tumpuan kini meliputi sebarang variable yang pernah dijadikan bahan penyelidikan oleh penyelidik-penyelidik kita di Malaysia demi untuk melihat pencapaian pelajar Melayu di Sekolah Menengah. Ini termasuklah kumpulan mana yang telah mereka gunakan sebagai kawalan dan eksperimen, bilangan pelajar lelaki dan perempuan, tingkatan yang digunakan dan sebagainya. Kerana, sekolah menengah mengikut definisinya adalah bermula dari Tingkatan satu hingga ke Tingkatan 6. Kelas-kelas Matrikulasi juga dianggap sebagai Sekolah Menengah. 

Begitu juga halnya dengan mata pelajaran yang kami gunakan ialah Sains dan Matematik. Bagi mata pelajaran Sains, tumpuan kami  pada awalnya adalah pada Sains Am, Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan sahaja. Apabila kami menjalankan penyelidikan dan cuba mendapatkn maklumat dari pelbagai pihak terutamanya dari pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan yang banyak mengendalikan dan mengumpulkan bahan-bahan penyelidikan, Jabatan Penididikan Negeri, Maktab-Maktab Perguruan dan Universiti, kami kini telah meluaskan takrifan sains itu kepada pelbagai bentuk asalkan ianya berbau sains. Namun demikian, hambatan kami terhadap maklumat berkenaan (pencapaian anak-anak Melayu dalam Sains dan Matematik) juga masih gagal untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut lagi. Ini merupakan kriteria yang bakal kami gunakan untuk penyelidikan analisis-meta. Kami juga cuba menyediakan satu hipotesis dalam kajian analisis-meta ini. Dependent varibel kami ialah pencapaian atau skor yang pelajar dapati dalam Sain dan Matematik. Kami cuba meluaskan skop dependent variable agar dapat meliputi lebih dari skor terhadap Sain dan Matematik seperti sikap, ponteng sekolah, jarak dari sekolah atau sebagainya perlu di khususkan kepada tajuk kajian sahaja memandangkan tempoh, kekerapan ahli dalam kumpulan dan maklumat dalam skor pencapaian pelajar itu sendiri adalah terbatas sama sekali.

TUJUAN MENJALANKAN ANALISIS-META

Menurut Hedges-Olkin (1985), bahawa tujuan utama menjalankan penyelidikan menggunakan analisis-meta adalah lebih analitikal, dimana fokusnya adalah tertumpu kepada penentuan tentang hubungan antara pengukuran diantara sesuatu konstruk dengan konstruk yang lain atau pengukuran bagi sesuatu jenis rawatan dengan pengukuran bagi sesuatu hasilan yang spesifik. Penjelasan ini agak berbeza dari yang dijelaskan oleh Hunter dan Schmidt (2004) dimana menurut mereka tujuan analisis-meta ialah untuk menganggarkan setepat yang mungkin pertalian atau hubungan aras-konstruk dalam sesuatu populasi, iaitu, menganggarkan nilai parameter bagi populasi berkenaan, kerana kajian itu adalah berkenaan hubungan yang mempunyai kepentingan saintifik.

KELEBIHAN ANALISIS-META

Penyemakan semula dalam meta-analisis adalah lebih bersistematik, lebih ekplisit, lebih exhaustif dan lebih kuantitatif berbanding dengan kaedah yang biasa kita gunakan dalam pencarian sesuatu bahan (Kaplan, 1964). Lantaran itu, hasilan dapatan penyemakan semula menggunakan analisis-meta adalah lebih lengkap, lebih tepat dan lebih objektif.

PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah dibuat berdasarkan kepada artikel yang ada mempunyai maklumat berkaitan dengan pencapaian Matematik dan Sains bagi pelajar Melayu sahaja. Ianya pula dibuat pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menepati kehendak tajuk penyelidikan meta yang diamanahkan. Pengumpulan data adalah merupakan  pengumpulan sebarang sumber yang sahih yang dapat kami perolehi dari  jurnal, prosiding seminar yang di adakan di Malaysia atau di luar Malaysia yang menyentuh tentang pencapaian pelajar Melayu dalam Matematik dan Sains. Untuk memastikan kami dapat maklumat analsis-meta dengan sepenuhnya, kami telah merujuk kepada Bangert-Drowns & Hurley & Wilkinson (2004) yang menyatakan bahawa proses meta-analisis ini melibatkan 4 peringkat: (i) lokasi dan pemilihan kajian yang akan digunakan dalam kajian ini, (ii) pengkodan ciri–ciri kajian, (iii) hitungan tentang kesan saiz dan (iv) analsis statistik terhadap kesan saiz untuk menentukan pertalian antara ciri-ciri kajian dengan kesan kajian. Matematik akan melibatkan segala jenis subjek Matematik di peringkat PMR dan SPM. Begitu juga halnya dengan pencapaian Sains tertumpu kepada pencapaian dalam Sains Am, Biologi, Fizik dan Kimia yang di ajar di peringakt PMR dan SPM. Untuk tujuan ini penyelidik telah berusaha untuk membandingkan keputusan dan menentukan darjah persamaan sebenar antara kajian-kajian yang dapat kami kumpulkan. Dalam penyelidikan ini, penggunaan kaedah kesan saiz dan dimana sesuai kami akan juga menggunakan kaedah aras signifikan.  Kaedah kesan saiz merupakan satu kaedah yang digunakan yang mendefinisikan  kesan saiz r sebagai tidaksama seandainya kajian berkenaan menunjukkan significant different antara satu sama lain, dan mendefinisikan sebagai sama jika kajian-kajian berkenaan tidak menunjukkan significantly different antara satu sama lain. Oleh itu, pengujian signifikan akan melibatkan (i) menukarkan statistik daripada kedua-dua kajian itu seperti t atau khi kuasa dua kepada r. (ii) menentukan nilai r sekiranya kedua-dua kajian menunjukkan kesan dalam arah yang sama  dengan sign yang sama, tetapi berbeza sign sekiranya keputusannya adalah dalam arah yang berlawanan. (iii) menentukan setiap r berkaitan dengan nilai Fisher z. (iv) menggantikan kepada formula berikut untuk menentukan Z atau sisihan normal standard:

MENGGABUNGKAN KEPUTUSAN KAJIAN

Saiz kesan
Satu pengukuran yang standard untuk menghitung saiz kesan ialah dengan menggunakan korelasi koefisien r. Indeks ini dicadangkan kerana pengukurannya tidak dipengaruhi dengan perbezaan dalam bilangan partisipan dalam rekabentuk antara-partisipan. Koefisien r ini kemudiannya perlu ditukarkan kepada  Z-transformasi Fisher. Apabila r dari Z-transformasi Fisher telah dihitung bagi setiap kajian, maka nilai r ini boleh lah dihitungkan untuk mendapatkan r saiz-kesan gabungan dengan menggunakan persamaan yang telah ditetapkan..

Sela Keyakinan
Clark-Carter (2004) mencadangkan agar penyelidik melaporkan sela keyakinan bagi kesan saiz yang digabungkan. Ini akan melibatkan semua partisipan yang terlibat dalam sesuatu kajian yang dijalankan untuk analisis-meta berkenaan. Sela keyakinan adalah merupakan satu anggaran berdasarkan data daripada sampel dimana parameter populasi mungkin terletak.  Sekiranya sela keyakinan tidak mengandungi sifar, maka kita akan yakin bahawa kesan sebenarnya telah pun dapat dikesan seperti yang dikehendaki dalam kajian berkenaan.

Kebarangkalian.
Satu pengukuran yang standard untuk menghitung kebarangkalian ialah dengan menggunakan skor-z bagi setiap kajian. Apabila ini telah dilakukan, maka gabungan skor-z boleh dihitung menggunakan jadual-z. yang standard.

Wajaran untuk Kajian
Terdapat pakar-pakar dalam penyelidikan analisis-meta mencadangkan agar setiap kajian yang dikumpulkan itu diberikan wajaran dimana kualiti kajian berkenaan di wajarkan berdasarkan kepada saiz sampel atau kesempurnaan metodologinya. Menurut Clark-Carter (1997) dalam Clark-Carter (2004) kajian yang menggunakan lebih banyak partisipan akan mempunyai lebih pengaruh ke atas hasil analisis-metanya dari sampel yang sedikit sahaja partisipan yang mengambil bahagian dalam kajian berkenaan.

Kehomogenan
Kehomogenan merupakan satu proses penting dalam analisis-meta. Ini bertujuan untuk menentukan sama ada setiap kajian itu berbeza dengan signifikannya antara satu sama lain. Seandainya kajian itu berbeza secara signifikannya, maka kita perlu menentukan kajian yang manakah telah menyumbangkan kepada keheterogenannya dan kita perlu tahu juga apa yang menyebabkan perbezaan itu dalam kajian berkenaan. Keadaan keheterogenan ini boleh ditentukan dengan mengujinya berdasarkan kesan saiznya.  Keheterogenan kesan saiznya boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan yang melihat kepada variasi yang wujud dalam skor-r transformasi Fisher (r’) untuk menentukan sama ada kajian-kajian berkenaan adalah berbeza secara signifikan. Seandainya kajian-kajian itu berbeza secara signifikan, maka kebarangkaliannya adalah heterogen. Maka dengan itu kita harus mengenepikan kajian-kajian berkenaan yang mana r’ nya memberi sumbangan yang tinggi kepada keberubahan itu sehinggalah set akhirnya sampai kepada keadaan tidak lagi wujudnya keheterogenan yang signifikan.

PELAPORAN KAJIAN TIDAK LENGKAP

Kadangkala terdapat laporan kajian yang tidak lengkap. yang tidak dapat di terima dalam penyelidikan analisis-meta atau sebagai bahan kajian yang perlu disisihkan. Penyelidik mestilah mempunyai masa dan menguatkan usaha untuk menghubungi penulis atau penyelidik yang menghasilkan penyelidikan berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan lebih terperinci darinya. Dalam kebanyakan artikel yang perolehi, banyak maklumat yang sepatutnya dipaparkan dalam jadual hasil dapatan, kadangkala tidak dapat dinyatakan dengan lengkap. Banyak maklumat kajian yang dilakukan adalah tercicir dari laporan yang disediakan. Kadang kala terdapat laporan tidak meletakkan nilai min, kekerapan dan sisihan piawai, yang lazimya dinyatakan dalam sesuatu jadual untuk melaporkan dapatan kajian mengikut ujian statistik yang telah penyelidik telah gunakan, maka sukar bagi penyelidik analisis-meta untuk menentukan kesan saiz dan aras signifikan yang boleh di hitung melalui ujian-t atau khi-kuasa-dua.

Dalam mana-mana penyelidikan, kita tidak boleh lari dari mendapatkan hasil kajian yang tidak signifikan terutamanya dari tajuk kajian yang agak sensitive yang hendak dilakukan. Hasil dapatan kami, kami masih belum terjumpa dengan hasil dapatan yang tidak signifikan. Lumrahnya, kajian yang tidak signifkan tidak akan mendapt tempat di dalam mana-mana prosiding atau jurnal ilmiah dan profesional kerana hasil dapatan itu tidak bermakna dan tidak akan diterbitkan untuk bacaan dan maklumat umum. Untuk tujuan ini, penyelidik analisis-meta perlu meluaskan penyelidikan yang melibatkan mana-mana tajuk dalam Sains dan Matematik yang telah dijalankan oleh mana-mana penyelidik. Kami juga membenarkan pelaporan analisis-meta kami juga kepada kaedah pengajaran yang berkesan dalam Sains dan Matematik. Tetapi masalah utama kami ialah untuk mendapatkan kajian yang dibuat itu menjelaskan bahawa partisipan yang mereka gunakan ialah pelajar berbangsa Melayu sahaja atau terdapat analisis yang dibuat untuk pelajar Melayu. Amat sukar bagi kami untuk mendapatkan partisipan kami berbangsa Melayu. Kami masih belum berjumpa dengan satu kajian yang benar-benar dibuat di atas pencapaian pelajar Melayu dalam Sains dan Matematik. Apa yang banyak didedahkan dalam artikel jurnal dan prosiding seminar dan konvensyan ialah laporan pencapaian pelajar Melayu sahaja. Malahan badang peperiksaan sendiri kurang mengeluarkan laporan tentang pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam setiap pengumuman keputusan peperiksaan peringkat nasional di setiap tahun. Itu merupakan satu pelaporan dan bukannya penyelidikan yang dapat kami buatkan satu analisis-meta tentang pencapaiannya yang menunjukkan kebenaran dalam pencapaiannya berdasarkan kajian.

MASALAH  ANALISIS-META

Menurut Hunter dan Schmidt (2004), walaupun analisis-meta telah mengalami banyak penyelidikan oleh pakar penyelidik, tetapi masih lagi terdapat permasalahan yang masih belum dapat diselesaikan. Satu daripadanya ialah masalah anggaran kesan saiz apabila dikorelasikan atau diregres ke atas ciri-ciri kajian yang pelbagai, menggunakan peluang untuk meningkatkan bilangan hubungan yang signifikan terhadap ciri-ciri yang dikaji yang tidak langsung mempunyai hubungan yang sebenar dengan hasil kajian. Saiz sampelnya ialah bilangan kajian (n). Di samping itu kelemahan dalam analisis meta boleh juga merupakan kritikan yang dibuat ke atas prosedur analisis-meta yang dijalankan. Antara kritikan yang dibuat termasuklah bias persampelan, kehilangan maklumat, permasalahan keheterogenan dari aspek kaedah dan kualiti, permasalahan saling tidak bergantungan antara satu sama lain, membesar-besarkan aras signifikan dan kepentingan amali terhadap sesuatu anggaran kesan saiz (Rosenthal, 1991). Kelemahan dalam analisis-meta juga berlaku apabila wujudnya pertalian antara dua variable, maka wujudlah satu lagi masalah: kuasa statistik untuk mengenalpasti pertalian yang mungkin rendah. Oleh itu, penyelarasan sebenar terhadap hasil kajian mungkin akan mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk menunjukkan wujudnya hasil yang signifikan secara statistik. Keadaan ini kerap berlaku bagi saiz sampel yang kecil.

Bias
Masalah bias boleh dikenalpasti dengan kaedah yang dipanggil sebagai file drawer analysis (Rosenthal, 1979). Kaedah ini memberi fokus kepada kesignifikanan statistik tanpa mengambil kira saiz kesan. Di samping itu, plot corong boleh juga digunakan untuk mentaksir kewujudan bias.  Ahli statistik telah berusaha untuk membetulkan bias yang wujud dalam analisis-meta yang dianggap satu proses yang amat sukar dan kompleks. Masalah bias telah mula dikenalpasti sejak pertengahan tahun lapan puluhan lagi. Kaedah ini menjadi semakin kompleks, tambah-tambah lagi ianya berdasarkan kepada nilai-p dari kajian primer. Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan termasuklah (i) Kaedah Original Hedges-Olkin, (ii) Kaedah Iyengar-Greenhouse dan (iii) Kaedah Begg-Mazumdar. Satu lagi jenis bias dipanggil sebagai bias penerbitan, merupakan satu ancaman utama kepada analisis-meta. Mendapatkan dan memasukkan data daripada kajian yang tidak diterbitkan adalah satu cara  yagn dapat mengelakkan bias penerbitan. Sama ada bias dapat dikurangkan atau makin bertambah dengan memasukkan kajian yang tidak dicetak tidak dapat ditaksirkan secara formal kerana ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk kita dapat memastikan semua kajian yang tidak bercetak telah dapat dikesan.

Kehilangan maklumat
Ini adalah ekoran dari cuba membuat satu rumusan bagi sesuatu domain penyelidikan dengan menggunakan satu nilai sahaja, seperti min bagi kesan saiz. Apabila kita menggunakan satu nilai sahaja maka akan mendorongkan kita untuk tidak melihat kepada (overlooking) pembolehubah moderator. Sehaluan dengan ini juga, apabila kita memberi penekanan kepada nilai purata, kes-kes negatif akan tersisih (overlooked).

Masalah keheterogenan
Masalah keheterogenan dari segi kaedah dapat dilihat dimana, dalam analisis-meta, semua hasil kajian dipuratakan dimana pembolehubah tidak bersandarnya, pembolehubah bersandarnya dan unit persampelannya adalah tidak seragam. Begitu juga halnya dengan keheterogenan dari aspek kualiti dimana kajian yang baik juga hendak disatukan dengan kajian yang kurang baik dalam kita membuat analisis. Ini dapat dilihat dari Glass (1976), yang mempersoalkan sama ada terdapat pertalian diantara kualiti sesuatu penyelidikan dengan kesan saiz yang didapati ? Jika jawapannya tidak, maka pengumpulan kajian yang kurang berkualiti tidak akan memberi kesan keatas anggaran purata kesan saiz walaupun ia membantu merendahkan saiz sela kepercayaan dipersekitaran min.

Permasalahan ketak bersandaran.
Menurut Rosenthal (1991), bias dan kehilangan maklumat adalah relevan kepada permasalahan ketakbersandaran mendapati anggaran bagi beberapa kesan saiz dan beberapa ujian keertian mungkin dijana oleh partisipan yang sama dalam setiap kajian berkenaan. Ini adalah satu kelemahan yang teruk dalam sesetengah keadaan.

Membesar-besarkan aras signifikan
Biasanya apabila nilai p kurang dari 0.01 (Nilai Z lebih besar dari 2.33) kita kerap melaporkannya sebagai 0.01 (Z = 2.33) kerana p kurang dari 0.01. Keadaan seperti ini sepatutnya dielakkan kerana menurut Elashoff (1978), besar kemungkinannya kita berada dalam ralat, dan lama kelamaan akan memberikan satu ralat yang serius dalam membuat inferen.

Kepentingan praktikal nya sesuatu anggaran kesan saiz
Menurut Cooper (1981) pula, walaupaun kesedaran kini kian meningkat tentang betapa pentingnya kita perlu menganggarkan kesan saiz, namun masih lagi terdapat permasalahan dalam menilai kegunaan dari segi praktikalnya sesuatu nilai dalam anggaran kesan saiz.

Pelaporan Hasil Penyelidikan Analisis-Meta
Sebarang kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam mendapatkan maklumat hendaklah direkodkan. Ini termasuklah sistem abstrak yang digunakan untuk mengenalpasti kajian yang dijalankan, kata kunci yang digunakan, tempoh tahun yang dicari hendaklah dilaporkan. Pengkelasan yang telah digunakan untuk mencari bahan perlu juga dilaporkan. Dalam kes yang kami lakukan kami telah menggunakan variable berikut dan dikaitkan dengan dengan melayu, sekolah menengah, sains, matematik sebagai kata kunci dalam pencarian kami:

Jantina
Saiz keluarga
Kedudukan dalam famili
Jarak dari rumah ke sekolah
Jenis sekolah
Lokasi( bandar/luar bandar/pinggir bandaar)
Pendidikan ibu
Pendidikan bapa
Bahasa digunakan di rumah
Pendapatan keluarga
Sikap terhadap guru
Minat terhadap sains
Minat terhadap matematik
Keadaan keluarga
Ibubapa tinggal bersama
Ibubapa bercerai
Ibu tunggal
Bapa tunggal
Tinggal dengan ibu
Tinggal dengan bapa

Menurut Clark-Carter (2004), beliau telah menambah perincian tentang bagaimana kebolehpercayaan telah digunakan dalam penyelidikan berkenaan, jika terdapat pertelingkahan, bagaimana masalah berkenaan telah diatasi. Semua artikel yang telah di gunakan sebagai bahan kajian hendaklah dikelaskan dan tajuknya hendaklah dinyatakan sebagai appendik. Mungkin cadangan beliau agar penyelidik analsis-meta dapat membuat satu jadual rumusan berdasarkan tajuk-tajuk berikut perlu dibuat:

            Dependent variable
            Keadaan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen
            Bilangan kajian yang telah dibuat
            Jumlah partisipan yang digunakan dalam meta analisis
            Kesan saiz yang digabungkan dan sela keyakinannya
            Gabungan kebarangkalian, seperti z sebagai kebarangkalian

RUMUSAN

Di sini dapatlah kita katakan, sejak kaedah penyelidikan analisis-meta diperkenalkan dalam bidang penyelidikan sains sosial dan pendidikan, analisis-meta telah membentuk satu cabang penyelidikan yang tersendiri dalam penyelidikan sains sosial dan pendidikan yang berpengaruh. Kini terdapat beberapa buah buku yang telah ditulis dan memberi fokus kepada membincangkan analisis-meta secara keseluruhannya. Terdapat juga buku-buku penyelidikan yang baru diterbitkan akan pasti memasukkan satu bab atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada bab-bab berkenaan untuk membincangkan tentang analisis-meta. Begitu juga halnya dengan perisian komputer yang khas untuk digunakan bagi membantu para penyelidik dalam mengurangkan beban dan anxiety menghitung analisis-meta. Terdapat juga perisian yang memperkenalkan prosedur analisis-meta dalam pakej perisian statistik. Betapa kompleksnya pengiraan analisis-meta kini telah dipermudahkan dengan pelbagai cara. Permasalahan dalam analisis–meta diberikan perhatian rapi oleh mereka yang pakar agar ianya tidak menimbulkan sebarang keraguan atau keresahan bagi penyelidik-penyelidik baru yang ingin menggunakan kaedah penyelidikan berkenaan.
Daftar Pustaka

Ary, D., Jacobs, L.C. & Razavieh, A (2002). Introduction to research in education. Sixth edition. Wadsworth. Thompson Learning.

Bangert-Drowns, R.L & Rudner, L.M. (1991). Meta-analysis in educational research. Practical Assessment, Research & Evaluation. 2 (8). Retrieved May 15, 2006 from

            http://PAREonline.net/getvn.asp?v=2&n=8.

Burn, R.B. (2000). Introduction to research methods. 4th edition. Longman.

Clark-Carter, D. (1997). The account taken of statistical power in research. Published in the British Journal of Psychology, 88, pp. 71-83.

Clark-Carter, D. (2004). Quantitative psychological research. A Students Handbook. Psychologi Press.

Cohen, J. (1969). Statistical power analysis for the behavioral sciences. New York: Academic Press.

Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum, New York.

Cooper, H.M. (1981) On the significance of effect & the effects of significance. Journal of Personality & Social Psychology. 41, pp. 1013-1018.

Eggar, M. & Smith, G.D. (1998). Meta analysis: Unresolved issues & future development. BMJ. No.7126. Vol. 316. Retrieved May 18, 2006 from  http://bmj.bmjjournals.com/cgi/content/full/315/7121/1533

Elashoff, J.D. (1978). Box scores are for baseball. The Behavioral & Brain Sciences, 3, pp. 392.

Glass, G.V. (1976). Primary, secondary, & meta-analysis of research. Educational Researcher, 5, pp. 3-8.

Glass, V.G., McGraw & Smith, M.L. (1990). Meta-analysis in social research. Sage Publications.

Hedges, L.V. & Olkin, I. (1985). Statistical methods for meta-analysis. Orlando, FL: Academic press.

Hunter, J.E. & Schmidt, F.L. (2004).  Methods of Meta-Analysis. Correcting Error and Bias in Research Findings. Sage Publications.

Kaplan, A. (1964). The Conduct of Inquiry: Methodology for Behavioral Science. Scranton, PA: Chandler.

Rosenthal, R. (1979). The file drawer problem & tolerance for null results. Psychological bulletin. 86, pp. 638-641.

Rosenthal, R. (1991). Meta-Analytic Procedures for Social Research. Applied Social Research Methods Series volume 6. Sage Publications.

Robert, L. Bangert-drowns, Marlene M. Hurley & Barbara Wilkinson (2004). The effect of school based writing to learn intervention on academic achievement: A meta-analysis. Review of Educational Research. Spring 2004, 74(1), pp. 29-58.













.