BAB I
PENDAHULUAN
A. LATAR BELAKANG
Sifat keibuan adalah naluri yang Allah anugerahkan bagi setiap diri wanita. Bahkan mendapat zuriat adalah antara tujuan perkawinan disyariatkan oleh Alalh SWT. Allah berfirman dalam Al-Quran (QS. Al Kahfi : 46) :
المال والبنون زينة الحياة النيا
Artinya: “Harta dan anak-anak adalh perhiasan hidip di dunia”
Namun, takdir Allah SWT untuk menguji hamba-hambaNya dengan menjadikan suami isteri tidak memperolehi anak setelah mendirikan rumahtangga dalam jangka masa yang lama.
Kemandulan, walaupun merupakan takdir Allah SWT dianggap sebagai suatu penyakit kerana ia bertentangan dengan keadaan yang normal. Maka usaha untuk mengubati penyakit merupakan perkara yang dituntut oleh syara’ selagi mana cara yang digunakan tidak bertentangan dengan kehendak syara’. Perkembangan sains telah menemukan berbagai cara untuk mengatasi masalah kemandulan, yang natijahnya manusia boleh memiliki anak bukan dengan cara hubungan suami isteri. Di antara cara yang telah ditemui oleh para pengkaji perubatan ialah kaedah PENYEWAAN RAHIM yang begitu tersebar di Barat.
Namun, selaku umat Islam, kita perlu mengenal pasti apakah kaedah ini menepati syara’ atau sebaliknya kerana ia merupakan masalah ijtihadiyah yang tidak mempunyai nas yang jelas tentang pengharaman atau pengharusannya. Penggunaan kaedah penyewaan rahim ini akan membantu wanita yang mandul atau wanita yang tidak boleh mengandung karena sebab-sebab tertentu untuk memiliki anak, untuk itu dalam kehidupan seorang muslim perlu berpandukan kepada kaedah syara’ yang menitik beratkan maqasid as-syariah untuk memelihara kesucian nasab dan mengelakkan dari percampuran, serta menjaga kemuliaan anak Adam. Makalah ini mencoba menyingkap persoalan penyewaan rahim dari sudut hakikat sewa rahim, sebab atau tujuannya, bentuk-bentuknya, dan pandangan ulama’Islam mengenai hal tersebut.
B. RUMUSAN MASALAH
Dari uraian diatas, dapat dirumuskan beberapa masalah, adapun rumusan masalah dalam pembahasan ini adalah:
1. Apa yang dimaksud dengan penyewaan rahim?
2. Apa saja sebab atau tujuan penyewaan rahim?
3. Bagaimana bentuk-bentuk penyewan rahim?
4. Bagaimana hukum penyewaan rahim menurut Islam?
5. Bagaimana pandangan para ulama’ mengenai penyewaan rahim?
C. TUJUAN
Dari rumusan masalah diatas dapat dirumuskan beberapa tujuan pembahasan. Adapun tujuannya yakni sebagai berikut:
1. Mengetahui pengertian penyewaan rahim
2. Mengetahui sebab atau tujuan penyewaan rahim
3. Mengetahui bentuk-bentuk penyewaan rahim
4. Mengetahui hukum penyewaan rahim menurut Islam
5. Memgetahui berbagai macan pandangan ulama’ mengenai penyawaan rahim
BAB II
PEMBAHASAN
A. PENGERTIAN PENYEWAAN RAHIM
Penyewaan rahim dalam bahasa Arab dikenali dengan berbagai nama, diantaranya الام المستأجرة, الام البديلة, الام الكذيبة, الرم المستعار, تأجير الارحام tetapi lebih dikenali sebagai الرحم المستأجر dan الام البديلةmanakala dalam bahasa Inggeris pula dikenali sebagai ‘surrogate mother’.
Menggunakan rahim wanita lain untuk mengandungkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) (yang kebiasaannya suami isteri), dan janin itu dikandung oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan. Kemudian anak itu diberikan semula kepada pasangan suami isteri itu untuk memeliharanya dan anak tersebut dikira anak mereka dari sudut undang-undang. Kaedah ini dikenali dengan sewa rahim karena lazimnya pasangan suami isteri yang ingin memiliki anak ini akan membayar sejumlah wang kepada ibu tumpang atau syarikat yang menguruskan kerja mencari ibu tumpang (si penyewa rahim) yang sanggup mengandungkan anak percantuman benih mereka dan dengan syarat ibu tumpang tersebut akan menyerahkan anak tersebut setelah dilahirkan atau pada masa yang dijanjikan.
B. SEBAB ATAU TUJUAN PENYEWAAN RAHIM
Terdapat beberapa sebab yang akan menyebabkan sewa rahim dilakukan, antaranya:
1) Seseorang wanita tidak mempunyai harapan untuk mengandung secara biasa kerana ditimpa penyakit atau kecacatan yang menghalangnya dari mengandung dan melahirkan anak.
2) Rahim wanita tersebut dibuang kerana pembedahan Wanita tersebut ingin memiliki anak tetapi tidak mau memikul bebanan kehamilan, melahirkan dan menyusukan anak dan ingin menjaga kecantikan tubuh badannya dengan mengelakkan dari terkesan akibat kehamilan.
3) Wanita yang ingin memiliki anak tetapi telah putus haid (menopause) Wanita yang ingin mencari pendapatan dengan menyewakan rahimnya kepada orang lain.
C. BENTUK-BENTUK PENYEWAAN RAHIM
Bentuk pertama:
Benih isteri (ovum) disenyawakan dengan benih suami(sperma), kemudian dimasukkan ke dalam rahim wanita lain. Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih yang baik , tetapi tetapi rahimnya dibuang kerana pembedahan , kecacatan yang teruk, akibat penyakit yang kronik atau sebab-sebab yang lain.
Bentuk kedua:
Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah disenyawakan dibekukandan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang selepas kematian pasangan suami isteri itu.
Bentuk ketiga:
Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan suaminya) dan dimasukkan ke dalam rahim wanita lain.Keadaan ini apabila suami mandul dan isteri ada halangan atau kecacatan pada rahimnya tetapi benih isteri dalam keadaan baik.
Bentuk keempat:
Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain, kemudian dimasukkan ke dalam rahim wanita lain. Keadaan ini berlaku apabila isteri ditimpa penyakit pada ovari dan rahimnyatidak mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri telah mencapai
tahap putus haid (menopause).
Bentuk Kelima :
Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan , kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri yang lain dari suami yang sama. Dalam keadaan ini isteri yang lain sanggup mengandungkan anak suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.
D. HUKUM PENYEWAAN RAHIM MENURUT ISLAM
Dalam Islam,hukum penyewaan rahim adalah HARAM, hal ini berlandaskan berdasarkan dalil-dalil dibawah ini:
a) Tidak adanya hubungan perkawinan antara pemilik sperma dengan pemilik rahim
Hal yang selalu diulangi di dalam Islam adalah adanya anak selalu dilandasi melalui proses perkawinan yang sah antara suami isteri yang tercakup di dalamnya rukun dan segala syarat.Maka di dalam proses sewa rahim tersebut jelaslah bahwa antara pemilik sperma dan pemilik rahim tidak memiliki hubungan perkawinan yang jelas. Dalil syariat telah menetapkan bahwa seorang anak hanya akan lahir dari perkawinan yang sah dan keturunan baik lelaki dan perempuan adalah merupakan rahmat dari sebuah perkawinan.(surat Ra'du 38 dan surat Nahlu 72)
b) Adanya ikatan syari’(nikah) antara hak melakukan pembuahan di dalam rahim seseorang dan hak melakukan jima'( menggauli) dengan pemilik rahim.
Di dalam fiqih Islam terdapat Qaidah, " Siapa saja yang berhak melakukan jima' dengan seorang perempuan maka perempuan berhak hamil dari hasil hubungan tersebut. Maka jelaslah bahwa barang siapa yang tidak berhak untuk melakukan hubungan intim dengan seorang perempuan maka perempuan tidak berhak menjadikan dirinya hamil. Dan hak menggauli hanya ada pada suami isteri.
Bagaimana jika perempuan tempat tumpangan pembuahan adalah isteri kedua dari seorang laki laki???? Jika suami memiliki dua orang isteri lalu dia menggauli isteri pertama kemudian hasil pencampuran ovum dan sperma dengan isteri pertama diletakkan pada isteri kedua maka dalam keadaan ini hal tersebut tetap dilarang dan dihukum haram karena akan menimbulkan pertentangan antara isteri pertama dan kedua sedangkan pertentangan itu dilarang di dalam Islam ( Surat Al-Anfal ayat 46) Jika kedua isteri telah bersepakat? Bangaimana jawabannya…Kesepakatan ini nantinya akan membawa penyesalan di dalm diri kedua isteri tersebut dan ini juga memisahkan antara anak dan isteri padahal hal itu sangatlah terlarang.
c) Tidak sah rahim itu menjadi barang jual beli.
Di dalam Islam terdapat hal hal yang dibenarkan oleh syariat untuk dijadikan barang jual beli, namun ada juga yang tidak boleh diperjual belikan diantaranya adalah isteri. Seorang isteri tidak boleh diperjual belikan dan termasuk di dalamnya rahim isteri. Karena kita hanya dapat memamfaatkan isteri itu bagi diri kita saja dan tidak boleh menjadikan manfaat yang dibawa isteri itu terhadap orang lain. Seperti menjual isteri atau menjual rahimnya saja.
Maka tidak bolehnya disewa rahim bagi yang bukan suami adalah agar nasab seseorang tetap terjaga karena memerhatikan nasab merupakan salah satu asas dari kehiupan bersyariat. Adanya proses sewa rahim yang demikian itu menunjuki kepada makna zina, bukan zina hakikat tetapi zina secara maknawi dan pelaku zina dalam model sewa rahim ini tidak diberlakukan hukuman had karena zina hakikat itu hanya dianggap zina jika bertemu dua kelamin yang berbeda.
d) Syariat Islam mengharamkan segala hal yang membawa kepada persilisihan diantara manusia
Islam selalu melarang adanya perselisihan diantara manusia, maka sewa rahim itu akan membawa manusia berselisih dan tidak jelas nasabnya seperti perselisihan antara dua orang perempuan yang mana yang menjadi ibu si anak dan juga pertentangan di dalm warisan.
e) Syariat melarang percampuran nasab.
Dengan sebab penyewaan rahim itu maka nasab anak akan tercampur dan susah untuk menelitinya apalagi jika sekiranya perempuan yang disewa rahimnya memiliki suami maka akan terjadi perselisihan anak dari hasil sewa rahim yang terlahir atau anak dari suami sebenarnya.
Seperti dikisahkan cerita menarik yang terjadi di Jerman , seorang perempuan yang tidak bisa hamil bersepakat dengan perempuan lainnya untuk melakukan kehamilan terhadap hasil hubungannnya dengan suaminya, kemudian perempuan yang disewa rahim tadi hamil dan melahirkan dengan membayar 27 mark jerman. Kemudian setelah lama maka diteliti rupanya anak yang lahir adalah anak dari hasil hubungan perempuan yang disewa rahimnya dengan suaminya, bukan anak dari suami isteri yang membayar tadi.
f) Penyewaan rahim akan mengakibatkan terlantarnya anak dan menyebabkan orang tua melepaskan tanggung jawab.
Dengan adanya proses penyewaan rahim maka antara orang tua saling melepaskan tanggung jawab dan akan menjadikan anak tersebut kehilangan pelindung dan pendidik. Maka hal ini sangat dilarang oleh agama juga undang undang negara melarang seorang orang tua melepaskan tanggung jawabnya karena anak adalah amanah dan akan diminta pertanggung jawaban oleh Allah Swt. Lalu kepada siapa sang anak di beri nasab??? Jika perempuan yang disewa rahimnya tidak memilki suami maka anak tadi dinasab langsung kepada suami dari perempuan pemilik ovum. Namun jika perempuan yang disewa rahimnya memilki suami maka kembali harus diteliti melalui test DNA lelaki mana yang berhak menjadi ayahnya, apakah pemilik sperma dari suami perempuan pertama atau lelaki isteri perempuan yang disewa rahimnya.
E. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI PENYEWAAN RAHIM
Para Ulama’ bersepakat tentang pengharaman sewa rahim dalam keadaan berikut:
1) Menggunakan rahim wanita lain selain isteri
2) Percampuran benih antara suami dan wanita lain
3) Percampuran benih isteri dengan lelaki lain,
4) Memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami isteri,
Adapun bentuk Bentuk penyewaan rahim yang tidak disepakati pengharamannya oleh para ulama’ ialah sperma suami dan ovum isteri yang disenyawakan , kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri yang lain bagi suami yang sama. Keadaan ini berlaku apabila berlaku hajat seperti rahim isteri tidak dapat berfungsi atau dibuang akibat pembedahan, tetapi ovumnya baik. Para ulama’ berselisih pendapat tentang perkara ini dan terbagi kepada 2 golongan:
Ø Golongan pertama : Golongan yang mengharamkan
Golongan ini berpendapat bahwa penyewaan rahim bentuk ini adalah haram sepertimana bentuk yang lain. Mereka berhujah dengan mengatakan bahawa ia akan membawa banyak masalah dan ada kemungkinan isteri (ibu tumpang) tersebut hamil dalam keadaan suaminya telah ‘bersama’ dengannya. Keadaan ini akan menyebabkan kekeliruan tentang siapa ibu sebenar anak tersebut.
Ø Golongan kedua : Golongan yang mengharuskan
Mereka berpendapat penyewaan rahim bagi bentuk ini adalah harus kerana kedua-dua wanita tersebut adalah isteri bagi suami yang sama dan isteri yang lain secara sukarela mengandungkan anak bagi madunya. Dalam keadaan ini , bapak anak tersebut telah pasti dan ikatan kekeluargaan wujud dalam lingkungan yang baik, begitu juga tidak wujud pencampuran nasab dari sudut suami dan isteri jika sikap berhati-hati diambil kira bagi memenuhi syarat-syarat yang menjamin tidak berlaku percampuran nasab. Oleh sebab itu, Al- Mujamma’ Al-Fiqhi li Rabitoh Al-‘Alam al-Islami secara majority mengharuskan penyewaan rahim bentuk ini dalam daurah ketujuhnya, dengan syarat pengawasan yang betul betul sempurna agar tidak berlaku percampuran benih, kerana kesilapan dalam percampuran benih dengan yang lain akan member kesan kepada generasi demi generasi. Mereka juga mensyaratkan untuk tidak menggunakan kaedah ini melainkan ketika adanya hajat.
Berikut juga dicantumkan beberapa fatwa atau aturan yang terkait dengan hukum penyewaan rahim:
1. Indonesia melarang penyewaan rahim, hal ini termuat dalam UU Nomor 23 Tahun 1992 tentang kesehatan dan Peraturan Menteri Kesehatan nomor 73 tahun 1992 tentang Penyelenggaraan Pelayanan Teknologi Reproduksi Buatan.
2. Pakar hukum Universitas Indonesia (UI) Rudi Satrio mengatakan anak hasil bayi tabung merupakan anak sah. Namun jika embrio diimplantasikan ke dalam rahim wanita lain yang bersuami, maka secara yuridis status anak itu adalah anak sah dari pasangan penghamil, bukan pasangan yang mempunyai benih. Dasar hukum ps. 42 UU No. 1/1974 dan pasal 250 KUH Perdata.
3. Frans Hendra Winata, anggota Komisi Hukum Nasional dan Dosen Universitas Pelita Harapan mengatakan penyewaan rahim melanggar hukum perkawinan dan dapat dikategorikan hukum pidana dengan pasal perselingkuhan
4. MUI pada 13 Juni 1979 mengeluarkan fatwanya bahwa MUI tidak melarang setiap orang mendapatkan keturunan dengan cara bayi tabung. Tapi,cara tersebut tidak dengan penyewaan rahim
5. Anggota Dewan Syariah Nasional (DSN) dan Komisi Fatwa MUI Setiawan Budi Utomo menyatakan, teknik inseminasi alias pembuahan buatan dibenarkan menurut Islam akan tetapi jika ditanam dibenih wanita lain yang tidak ada hubungan perkawinan, maka hukumnya sama dengan zina.
6. Penyewaan rahim baik dengan suka rela atau dengan imbalan berupa materi dan dengan tujuan apapun di hukumi haram dalam islam menurut Imam Al Barmawy dalam kitabnya yang berjudul Hasyiyah Al Barmawy ‘Ala Syarhi Ghoyati Libni Qosim Al Ghuzzy (selesai th. 1074 H.) dan pendapat Imam Romly (W. 1004 H.)
BAB III
PENUTUP
A. KESIMPULAN
Setelah kami gali, kaji, dan paparkan maka kami dapat memberikan kesimpulan bahwa :
1) Penyewaan rahim hukumnya haram, hal ini sesuai dengan kesepakatan para ulama’ yang bertumpu pada undang-undang syari’at Islam dan undang-undang Negara
2) Adapun Bentuk penyewaan rahim yang tidak disepakati pengharamannya oleh para ulama’ ialah sperma suami dan ovum isteri yang disenyawakan, kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri yang lain bagi suami yang sama, atas hal ini ada ulama’ yang mengharamkan dan ada juga yang mengharuskan.
B. SARAN
Pemerintah hendaknya tegas terhadap permasalahan ini, karena jika tidak, masalah penyewaan rahim wanita bisa merugikan kaum perempuan yang sampai saat ini masih dikesampingkan suaranya dan juga akan mengakibatkan penyelisihan diantara orang-orang yang berkaitan dalam masalah ini dikemudian hari (bertentangan dengan Maqasid As Syari’ah).
DAFTAR PUSTAKA
Arif, ali arif (Dr). Al Ummu Al Badilah (Ar Rahmu Al Musta’jarah) Ru’yah Islamiyah
Kumpulan Pensyarah Syariah Wal Qonun, Universitas Al Azhar Kaherah, Qadaya Fiqhiyyah Muasirah, Kaherah, Al Azhar, 2002
Al-Qaradhawi, Yusuf,Dr, Fatawa Al-Muasarah , Kaherah, Dar al-Qalam, Juz 1,1998
Muhammad Ali Al-Bar, Khalqul Insan Baina At-Tib Wa Al-Quran,Jeddah, Dar As-Sa’udiah, 1999
‘Ablah Muhammad Al-Kahlawi,Dr, Dirasat Fiqhiyyah Muasirah, Kaherah, Universiti Al-Azhar (far’ul banat),2001
Muhammad Bakar Ismail,Prof.Dr.,Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Baina Al-Asolah wa At-Taujih ,Kaherah, Dar Al-Manar,1997
Yusuf Hamid Al-Alim, Dr, Al-Maqasid al-‘Ammah li As-Syariah Al-Islamiyyah,Kaherah, Dar Al-Hadith,t.t.
Majalah Al-Azhar keluaran Jun 2001, Julai 2001, Mac 2003