Gambus
Gambus merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan suku kaum Kedayan di Weston Beaufort. Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat.
Gambus diperbuat daripada jenis kayu yang keras, kerana kayu keras bukan saja tahan tetapi ia juga dipercayai dapat menghasilkan alunan iramanya yang nyaring bersesuaian muzik gambus yang sebenarnya. Kayu yang lembut juga boleh digunakan, tetapi masalahnya mudah pecah apabila terhentak, kata Encik Satia Janudin, iaitu salah seorang pakar pembuat gambus apabila ditemuramah di rumahnya di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah, baru-baru ini.
Beliau biasanya mengambil kayu yang dinamakan kayu santul, kayu Bulayon, dan kayu Limpadok (Bahasa Kedayan) . Beliau memilih jenis kayu ini kerana ia sudah teruji dan sangat sesuai dalam pembuatan gambus, katanya.
Satia yang mula berkecimpung dalam pembuatan gambus pada tahun 1998 lagi atas dorongan ayah dan isterinya telah menghasilkan banyak gambus dalam pelbagai reka bentuk yang bersesuaian dengan citarasa para pelanggan.
Beliau boleh menyiapkan gambus dalam masa seminggu sahaja. Cara-cara pembuatanya ialah dengan menjemur kayu sehingga kering dan selepas itu baru dikikir dengan bentuknya. Tujuan menjemur kayu itu supaya ia tahan dan dapat menghasilkan alunan irama yang nyaring.
Dalam pembuatan gambus kita harus menyediakan alat-alat keperluan seperti parang, pahat, tukul, gerudi, kertas pasir, kikir, beliung, pisau dan katam. Alat-alat ini penting dalam pembuatan gambus. Jika alat-alat ini tidak lengkap, ia bukan saja melambatkan kerja malah ia boleh menjejaskan reka bentuk gambus, katanya.
Satia berkata kebanyakan pelanggan lebih suka membeli gambus yang mempunyai rekabentuk yang cantik dan menarik. Justeru itu, berdasarkan pengalaman saya selama berkecimpung dalam kerja ini saya tidak mempunyai masalah memenuhi citarasa mereka, katanya.
Satia bukan saja pakar dalam pembuatan gambus, malah beliau juga seorang yang berkebolehan dalam permainan muzik gambus apabila ada majlis keramaian seperti perkahwinan atau pesta-pesta yang dianjur di peringkat kampung mahupun di peringkat daerah.
Selain gambus, Satia juga pakar dalam pembuatan tambur ( gendang, iaitu salah satu pengiring muzik gambus semasa dimainkan ). Bagi beliau kulit kijang dan biawak adalah bahan utama dalam pembuatan tambur.
Satia, yang baru menjangkau umur 38 tahun, seorang pencinta muzik tradisional yang perlu dicontohi oleh generasi muda di mana kebanyakan generasi sekarang rata-ratanya tidak lagi berminat belajar muzik tradisional, khususnya gambus, kerana terpengaruh dengan muzik moden.
Kita harus memberi tunjuk ajar dan galakan kepada mereka supaya generasi muda ini meminati muzik tradisional, kata Satia.
Menurutnya, harga gambus adalah mengikut saiznya, Harga gambus bersaiz sederhana berharga RM80.00 manakala saiz besar berharga RM150.00. Oleh itu, sesiapa yang berminat memiliki gambus atau ingin belajar muziknya sekali boleh datang berjumpa dengan beliau di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah.
Menurut Satia, cerita gambus itu berasal daripada sepasang suami isteri, di mana kedua-dua pasangan ini tidak sehaluan kerana dipaksa berkahwin, terutama si suami. Bagi si isteri pula amat sayang dengan suaminya sehingga di mana saja suaminya pergi si isteri ikut sama. Dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si isteri terhadap suaminya, setiap kali tidur si isteri memeluk suaminya kerana takut ditinggalkan. Bagaimanapun perbuatan si isteri itu hanya sia-sia sahaja, kerana apabila si isteri sedar dari tidur keesokan paginya dia bukan pula memeluk suaminya, tetapi memeluk sebatang kayu.
Oleh kerana cinta kasihnya terhadap suaminya, maka si isteri telah mengukir kayu tersebut serupa bentuk badan suaminya dan telah dinamakan gambus. Ekoran dari itu, gambus hingga kini menjadi kebanggan dan muzik yang popular, khususnya di kalangan suku kaum Kedayan di Weston, Beaufort, Sabah.
Sehubungan itu, Jabatan Muzium Sabah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Encik Satia kerana sudi ditemuramah dan memberi kerjasama dan seterusnya memberi maklumat yang terperinci mengenai peralatan gambus. Pada hari itu juga beliau dengan ikhlasnya menderma sebuah gambus kepada pihak Muzium Sabah untuk di simpan sebagai koleksi dan pameran untuk orang ramai di bahagian galeri alat-alat muzik tradisional. MOHON MAAF JIKA SAYA HANYA MENGKOPI MILIK ANDA, KARENA SAYA MASIH BELAJAR.